Semester Baru... Semangat Baru..

Selamat kembali ke UMP kepada semua warga SUKSIS UMP. Sempena permulaan semester baru bagi sesi 2010/2011 ini, diharapkan semua anggota Kor SUKSIS UMP dapat memberikan komitmen dan menunjukkan kesungguhan dalam semua latihan dan aktiviti yang dibuat.
 

Kepada yang sudah bercalit tiga di bahu, diharapkan semua sudah menanam azam yang kuat untuk menjadi skuad kedua UMP yang akan ditauliahkan. Sesungguhya majlis pertauliahan merupakan majlis untuk meraikan kejayaan kita semua setelah bertungkus-lumus menjalani latihan selama 3 tahun. Jadikan matlamat ini sebagai pendorong untuk kita berusaha membaiki kekurangan kita di dalam kawad.


Untuk membakar lagi semangat semua anggota, Kor SUKSIS UMP telah diamanatkan untuk mengadakan kawalan kehormatan kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada Majlis Konvokesyen 2 Oktober 2010 nanti. Sesungguhya ini merupakan peluang dan cabaran yang besar kepada semua anggota untuk membuktikan keupayaan dan kesungguhan Kor SUKSIS UMP.

Maka sebagai pewira negara, marilah bersama-sama menyahut cabaran yang telah digalaskan dan berusaha menjadi yang terbaik di mata semua pihak.