Sukan Intrasuksis 2011

Sukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan, bahkan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kumpulan , jadi di kesempatan ini , Sukan Intrasuksis 2011 telah diadakan sebagai program penutup untuk semester kali ini . Aktiviti yang dijalankan bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang ini dimeriahkan oleh ahli peserta setiap tahap . Biarpun hujan turun mencurah ke bumi UMP tanpa henti , semangat kental ahli Kor SUKSIS nampaknya tidak akan sekali-kali luntur.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Bola Jaring, dan Futsal. seramai hampir 160 ahli Kor SUKSIS dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu , Marin , UTK (Unit Tindakan Khas) , Narkotik , SB (Special Branch), dan Trafik . Pertandingan berbentuk liga ini dijalankan dengan penuh bersemangat dan penuh semangat kesukanan dan berkumpulan. Acara keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan Trafik diikuti dengan Marin dan SB. 
Banner program kali ini

hujan dan lantai licin bukan penghalang

ahli kumpulan Narkotik wanita

para junior berbaju merah

bakat terpendam

bola jaring

saat menjaringkan gol


selepas perlawanan




bola tampar pada waktu petangnya
Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini , ukhuwah antara ahli Kor SUKSIS akan lebih rapat . Kami para senior juga berharap junior akan tetap meneruskan aktiviti sebegini apabila kami sudah ditauliahkan nanti .
InsyaALLAH :)

Majlis Pelancaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Kesedaran Jenayah PDRM Pahang

Bagi mewujudkan kesedaran terhadap jenayah siber yang kian memuncak kini , pihak PDRM Pahang dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal , Celcom telah menganjurkan kempen Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Kesedaran Jenayah PDRM Pahang bertempat di Melor Concourse , Berjaya Mega Mall , Kuantan Pahang pada 21 Disember 2011 .

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Polis Pahang , YDH DCP Dato's Sharifuddin bin Ab. Ghani berlansung dengan meriah dan ringkas . Dengan kerjasama ini , pihak syarikat Celcom akan menghantar SMS kepada para pengguna mengenai kesedaran terhadap jenayah siber seperti tipuan belian dari laman web , tipuan dengan penyamaran dan sebagainya . Terdapat lima jenis SMS yang akan dihantar iaitu , amaran tentang penyamaran yang meminta pemindahan wang bank dan sebagainya , amaran tentang jualan objek seperti batu ajaib , jangan mudah mempercayai rakan siber , amaran tentang sebarang penawaran loteri dan sebagainya dan amaran tentang larangan memberi no akaun bank anda .

video
Ketua Polis Pahang juga menyampaikan harapan beliau agar usaha murni ini akan dilaksanakan bukan sahaja oleh Celcom , tetapi juga syarikat-syarikat komunikasi terkemuka yang lain .

Seminar Penerapan Kemahiran Insaniah untuk Badan-badan Beruniform

Bertujuan untuk menambahbaikkan subjek badan beruniform berkredit serta keupayaan staf dan jurulatih yang menguruskan kursus yang ditawarkan, pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjemput anggota SUKSIS dan PALAPES Universiti Malaysia Pahang pada 26 November 2011 untuk menjayakan "Seminar Penerapan Kemahiran Insaniah untuk Badan-badan Beruniform."

Seminar yang berlangsung selama sehari bermula pada 8 pagi itu disertai oleh anggota SUKSIS tahap 2 dan 3 bertempat di Auditorium Utama, Kompleks Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Terdapat 3 forum sepanjang seminar diadakan. Forum pertama bertajuk "Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Badan Beruniform-Ekspektasi daripada KPT, ATM, dan PDRM". Tajuk yang hangat ini dibincangkan oleh ahli panel Puan Wan Nadiah Wan Daud dari IIUM, DSP Hamzah Hashim dari PDRM, dan Mejar Wan Madzlan bin Wan Abdullah dari ATM.

Forum kedua pula disambung pada petangnya bertajuk "Pembentukan Sahsiah Pelajar Melalui Penerapan Nilai-Nilai Ketenteraan/Kepolisan Melalui Pengalaman ALUMNI Badan Beruniform". Ahli panel pada sesi tersebut ialah Lt. Kol Hamiruddin Hashim dari Rejimen 515, Kapt. Shafarif Ghani dari Kem Terendak, cik Nur Syahirah Shuhaimi dari IIUM NIlai dan Left, Wan Rizaila Wan Mohd Sofi dari IIUM.

Manakala forum ketiga dan yang terakhir diadakan sejurus selepas berakhir forum kedua bertajuk "Isu Dan Cabaran Dalam Penambahbaikkan Modul Badan Beruniform di IPTA Malaysia". Ahli panel pada sesi ini ialah Dato' Lt. Kol. Prof. Madya Mohamad Nasir Saludin dari UPNM, Dr. Ahmad Khuzairy Abd Rahman dari IIUM dan Supt. Rosli bin Hasan dari IPD Gombak. 

Ternyata, pembangunan akademik tidak akan bermakna jika pembangunan lahiriah seseorang itu terbantut. Pembangunan lahiriah atau lebih dikenali sebagai soft skill bukan sahaja penting untuk menentukan siapa kita semasa bekerja kelak, ia juga dapat membantu seseorang itu dalam kemahiran berkomunikasi. Nilai lahiriah yang baik sangat penting untuk menjaga hubungan sesama manusia bagi membentuk suasana harmoni ketika bekerja. 

Disamping dapat menambah ilmu pengetahuan, seminar ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara anggota SUKSIS UMP dan ahli uniform dari UIAM ibarat kata orang, jauh berjalan luas pandangan. 

Diharapkan, aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi, mungkin kali ini bertempat ni Universiti Malaysia Pahang pula , InsyaALLAH.



Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Mejar Wan Madzlan ketika buah fikiran yang mencuit hati kami

Ucapan perasmian oleh Y. Bhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin

DSP Hamzah Hashim dari PDRM

Puan Wan Nadiah Wan Daud

Forum kedua.

1Hati 1Jiwa ; Transformasi Cemerlang Suksis Gemilang

Sebagaimana lazimnya , setiap kali kemasukan pelajar baharu , sudah pasti akan ada minggu orientasi. Namun  orientasi kali ini berlainan sedikit berbanding dengan orientasi sebelumnya. Jika dahulu , orientasi hanya diadakan di kampus induk sahaja iaitu Gambang , kali ini minggu orientasi Kor Suksis dimeriahkan lagi dengan deruan angin Pantai Sepat. Orientasi ahli Kor Suksis baharu telah dilansungkan selama 3 hari 2 malam bermula pada malam 21 Oktober 2011 dan berakhir pada tengah hari 23 Oktober 2011.
persembahan montaj pada malam pembukaan

Aktiviti yang dimulakan pada malam 21 Oktober 2011 itu bertempat di Block W UMP Gambang. Pada malam tersebut , ahli baru dan lama Kor Suksis telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang akan menjadi keluarga mereka selama tiga hari dua malam itu . Selain ucapan alu-aluan dari Pengarah Program, Noor FAizal Bin Ramli , acara ice-breaking tersebut juga turut dimeriahkan dengan penerangan tentang Kor Suksis oleh Presiden Kor Suksis , Wan Mohd Syazwan. 


Ahli baharu Kor Suksis seramai 55 ahli.

Mencipta logo bagi setiap kumpulan . 

Kumpulan Echo

Kumpulan Alpha .

Hari kedua yang sepatutnya bertempat di Pantai Balok terpaksa ditukar ke Pantai Sepat kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan. Acara pagi tersebut dimulakan dengan persembahan kumpulan diikuti dengan LDK 1 slot 1 dan slot 2. Kepetahan para peserta teruji semasa LDK 1 slot 1 dimana pelbagai soalan yang diajukan kepada peserta berjaya ditangkis dengan jayanya. Manakala kebijaksanaan peserta benar benar hampir tergugat dengan LDK 1 slot 2 yang bertajuk "Pokok Ajaib".

Tema ; Merah Putih

Pokok Ajaib

Pada petangnya , aktiviti diteruskan dengan Explorace dimana peserta diuji dengan 10 checkpoint yang berbeza tempat dan ujian . Antara checkpoint adalah Iklan TV dimana peserta perlu melakonkan kembali iklan tersebut, Nama Lagu, peserta dikehendaki menyenaraikan 25 lagu dan kemudiannya perlu menyenaraikan Surah di dalam Al-Quran sebanyak mana lagu yang mereka senaraikan , Lirik Lagu dan sebagainya .

Salah satu checkpoint

Para peserta perlu membentuk abjad seperti mana diarahkan oleh AJK

Ceramah 1 Malaysia dari Pembantu Tadbir BTN, Encik Muhd Johari B. Awang Sazali


Pemandangan senja Pantai Sepat

 Hari ketiga diteruskan dengan Sukaneka ataupun Hari Keluarga Kor Suksis . Pelbagai permainan dijalankan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Antaranya adalah "Barang Amanah", "Baling Belon Air", "Cari Gula-gula Didalam Tepung" dan sebagainya .
Dimulakan dengan memanaskan badan.

Kumpulan Echo

Kumpulan Juliet

Tuan Samad bergandingan dengan Wan Mohd Syazwan.
Diharap orientasi yang dijalankan berjaya membentuk semangat ukhuwah dan kerjasama yang jitu tidak hanya pada minggu orientasi tetapi juga berlanjutan sehingga masa hadapan . Setiap ujian dan cabaran yang akan mendatang pasti akan menjadi lebih ringan jika dihadapi bersama kumpulan dan bukannay berseorangan. Kerana sekali Suksis , akan selamanya Suksis. Akhir kata "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi".

Kawalan Kehormatan Sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP

Selaku meneruskan tradisi kawalan kehormatan sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP, Kor SUKSIS sekali lagi diberi tanggungjawab besar untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan kepada K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang pada 1 Oktober 2011 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan UMP.

Anggota Kawalan Kehormatan terdiri daripada 53 anggota Tahap II dan Tahap III termasuk 2 pegawai baris, INSP/KS MUHAMAD SHYAMIR AL AMAR B. MUHAMAD TOBIB dan INSP/KS MUHAMMAD KHIR B. TAJUL ARIFFIN.

Perbarisan menunggu ketibaan K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang .

Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang

Lokasi: Padang MPK Kuantan
Tarikh: 16 September 2011

KorSUKSIS UMP telah menghantar sepasukan anggota terdiri daripada anggota Tahap II dan III untuk menyertai perbarisan Hari Malaysia. Diketuai oleh Inspektor KS Muhammad Shyamir Al-Amar bersama 4 lagi Inspektor KS. 

KorSUKSIS UMP

Lintas hormat disertai oleh pelbagai kontijen yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta mahupun pelajar sekolah di hadapan tetamu kehormat terutamanya Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Mahkota Pahang 

Jabatan Kemajuan Orang Asli Neg. Pahang
anggota bersama pegawai penyelaras
Happy Malaysia Day!!

SESI TEMUDUGA PENGAMBILAN ANGGOTA BARU KOR SUKSIS UMP



Pakaian:

Siswa

- ujian fizikal : sila bawa 1 helai seluar pendek

- ujian lisan : kemas, sopan dan bertali leher


Siswi

- ujian fizikal : seluar trek/baju T-Shirt

- ujian lisan : kemas dan sopan (kasut bertutup)


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

1- Warganegara Malaysia

2- Telah diterima sebagai mahasiswa dan mahasiswi sepenuh masa UMP

3- Mengikuti program ijazah sahaja ( dari tahun 1)

4- Berumur 18 hingga 25 tahun

5- Mempunyai tahap kesihatan yang baik

6- Tinggi tidak kurang dari 163 cm (lelaki) dan 157 cm (wanita)

7- Lilitan dada 81 biasa dan 86 semasa menarik nafas

8- Berat tidak kurang dari 48 kg (lelaki) dan 43 kg (wanita)

9- Tidak rabun warna

10- Mempunyai pendengaran yang baik

11- BMI diantara 20.0 hingga 26.9

12- Bebas dari kesalahan jenayah dan dadah


Bagi pelajar kampus Pekan bas akan menunggu di perhentian bas bermula jam 0730 hingga 0830 sahaja.

Jadual Latihan Kawalan Kehormatan 2011

Sekali lagi Kor SUKSIS UMP diberikan tugas untuk melakukan kawalan penghormatan sempena majlis konvokesyen yang ke-6 pada tahun ini. Kepada semua anggota, semoga dapat melakukan yang terbaik demi nama baik Kor SUKSIS UMP dan UMP sendiri. InsyaAllah.


Kawalan Kehormatan Sempena Majlis Konvokesyen yang ke-5


Jadual Latihan Kawat:

1. 17/9/2011 (SABTU) 0800 - 1700 hrs
 
2. 18/9/2011 (AHAD) 0800 - 1700 hrs

3. 20/8/2011 (SELASA) 1700 - 1830 hrs

4. 21/8/2011 (RABU) 1500 - 1800 hrs

5. 22/9/2011 (KHAMIS) 1700 - 1830 hrs

6. 24/9/2011 (SABTU) 0800 - 1700hrs

7. 25/9/2011 (AHAD) 0800 - 1700hrs

8. 26/9/2011 (ISNIN) 1700 - 1830 hrs

9. 27/9/2011 (SELASA) 1700 - 1830 hrs

10.28/9/2011 (RABU) 1500 - 1800 hrs

11.29/9/2011 (KHAMIS) 1700 - 1800 hrs

12.30/9/2011 (JUMAAT) 0800 - 1200 hrs

13.1/10/2011 (SABTU) 0800 - 1200 hrs <HARI JADI>

Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Pelantikan KorSUKSIS IPTA SeMalaysia 2011 Siri 7

Selama dua minggu, sebanyak 20 IPTA seluruh Malaysia berkampung di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bersempena dengan Majlis Pertauliahan & Pelantikan KorSUKSIS IPTA SeMalaysia yang ke-7. Bermula dari 26/6 - 11/7.


SUKSIS UMP menghantar seramai 35 anggota tahap 3 untuk dianugerahkan sijil pelantikan. 33 anggota menyertai perbarisan, dimana anggota wanita SUKSIS UMP berkongsi detachment 7 (D7) dengan UPSI, UMT dan USM.
Belajar kawad asas tangan

Hampir kesemua anggota lelaki pula menyertai kawalan kehormatan, dan ini merupakan pencapaian terbesar SUKSIS UMP kerana diberi peluang bersama-sama unit kawalan kehormatan.

Antara anggota yang menyertai kawalan hormat

Pada mulanya, SUKSIS UMP diberi cabaran untuk menghafal sebanyak 6 jenis formasi, tatkala universiti-universiti lain sudah pun memulakan latihan mereka dua minggu lebih awal. Ya, amat payah untuk menghafal dalam keadaan tertekan pabila universiti lain sudahpun pandai mengatur langkah formasi mereka.

Selama 2 minggu walaupun hari Sabtu dan Ahad sekalipun, anggota-anggota SUKSIS SeMalaysia akan menjalani latihan di padang kawad mahupun di Dewan Sultan Iskandar. 

Di DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM

Hari terakhir rehearsal sebelum mengenakan uniform PDRM


Detachment 7 (UPSI, UMP, UMT, USM)


Berehat selepas penat menjalani latihan

Terima kasih pada Saudari Puan Inspektor Mahirah Hibrahim kerana mengadakan kenduri bersempena dengan pertauliahan ini. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih dan pemandu bas kerana memahami keperluan pelatih untuk sekali sekala bergembira melepaskan penat. :)





Tan Sri Haji Ismail bin Omar

Pada 10 Julai 2011, tarikh keramat bagi semua anggota SUKSIS kerana menerima pelantikan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Omar. Acara diserikan dengan formasi dari semua detachment termasuk kawalan kehormatan.

video

Selain dari perasmian majlis ini, turut disertakan Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik untuk 20 pelatih dari semua universiti. 
Tahniah kepada Inspektor KS Muhammad Shyamir Al-Amar diatas penganugerahan beliau.

Tahniah dan syabas kepada semua pelatih kerana berjaya mengharungi 2 jam di padang kawad.
Tahniah juga kepada Inspektor KS Mohd Hafiz bin Ismail diatas penganugerahan Pelatih Latihan Luar Terbaik dan Inspektor KS Cadence Isis Tay sebagai Pelatih Akademik Terbaik.

Insp. KS CADENCE ISIS TAY & Insp. KS MOHD HAFIZ  B. ISMAIL.

Majlis makan malam pula diadakan pada hari yang sama. Dihiburkan oleh artis Zarina AF2 dan beberapa lagi penghibur.




Segak dan bergaya mengenakan batik


Terima kasih kepada anggota tahap 1 dan 2 diatas kehadiran anda sebagai pemerhati meskipun tidak berkesempatan untuk berjumpa. 



Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua PELATIH INSPEKTOR KS KORSUKSIS UMP 2011 diatas pelantikan anda. Moga selepas ini, anda semua akan terus berkhidmat untuk KORSUKSIS UMP.