1Hati 1Jiwa ; Transformasi Cemerlang Suksis Gemilang

Sebagaimana lazimnya , setiap kali kemasukan pelajar baharu , sudah pasti akan ada minggu orientasi. Namun  orientasi kali ini berlainan sedikit berbanding dengan orientasi sebelumnya. Jika dahulu , orientasi hanya diadakan di kampus induk sahaja iaitu Gambang , kali ini minggu orientasi Kor Suksis dimeriahkan lagi dengan deruan angin Pantai Sepat. Orientasi ahli Kor Suksis baharu telah dilansungkan selama 3 hari 2 malam bermula pada malam 21 Oktober 2011 dan berakhir pada tengah hari 23 Oktober 2011.
persembahan montaj pada malam pembukaan

Aktiviti yang dimulakan pada malam 21 Oktober 2011 itu bertempat di Block W UMP Gambang. Pada malam tersebut , ahli baru dan lama Kor Suksis telah dibahagikan kepada 10 kumpulan yang akan menjadi keluarga mereka selama tiga hari dua malam itu . Selain ucapan alu-aluan dari Pengarah Program, Noor FAizal Bin Ramli , acara ice-breaking tersebut juga turut dimeriahkan dengan penerangan tentang Kor Suksis oleh Presiden Kor Suksis , Wan Mohd Syazwan. 


Ahli baharu Kor Suksis seramai 55 ahli.

Mencipta logo bagi setiap kumpulan . 

Kumpulan Echo

Kumpulan Alpha .

Hari kedua yang sepatutnya bertempat di Pantai Balok terpaksa ditukar ke Pantai Sepat kerana masalah cuaca yang tidak mengizinkan. Acara pagi tersebut dimulakan dengan persembahan kumpulan diikuti dengan LDK 1 slot 1 dan slot 2. Kepetahan para peserta teruji semasa LDK 1 slot 1 dimana pelbagai soalan yang diajukan kepada peserta berjaya ditangkis dengan jayanya. Manakala kebijaksanaan peserta benar benar hampir tergugat dengan LDK 1 slot 2 yang bertajuk "Pokok Ajaib".

Tema ; Merah Putih

Pokok Ajaib

Pada petangnya , aktiviti diteruskan dengan Explorace dimana peserta diuji dengan 10 checkpoint yang berbeza tempat dan ujian . Antara checkpoint adalah Iklan TV dimana peserta perlu melakonkan kembali iklan tersebut, Nama Lagu, peserta dikehendaki menyenaraikan 25 lagu dan kemudiannya perlu menyenaraikan Surah di dalam Al-Quran sebanyak mana lagu yang mereka senaraikan , Lirik Lagu dan sebagainya .

Salah satu checkpoint

Para peserta perlu membentuk abjad seperti mana diarahkan oleh AJK

Ceramah 1 Malaysia dari Pembantu Tadbir BTN, Encik Muhd Johari B. Awang Sazali


Pemandangan senja Pantai Sepat

 Hari ketiga diteruskan dengan Sukaneka ataupun Hari Keluarga Kor Suksis . Pelbagai permainan dijalankan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Antaranya adalah "Barang Amanah", "Baling Belon Air", "Cari Gula-gula Didalam Tepung" dan sebagainya .
Dimulakan dengan memanaskan badan.

Kumpulan Echo

Kumpulan Juliet

Tuan Samad bergandingan dengan Wan Mohd Syazwan.
Diharap orientasi yang dijalankan berjaya membentuk semangat ukhuwah dan kerjasama yang jitu tidak hanya pada minggu orientasi tetapi juga berlanjutan sehingga masa hadapan . Setiap ujian dan cabaran yang akan mendatang pasti akan menjadi lebih ringan jika dihadapi bersama kumpulan dan bukannay berseorangan. Kerana sekali Suksis , akan selamanya Suksis. Akhir kata "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi".

Kawalan Kehormatan Sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP

Selaku meneruskan tradisi kawalan kehormatan sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP, Kor SUKSIS sekali lagi diberi tanggungjawab besar untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan kepada K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang pada 1 Oktober 2011 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan UMP.

Anggota Kawalan Kehormatan terdiri daripada 53 anggota Tahap II dan Tahap III termasuk 2 pegawai baris, INSP/KS MUHAMAD SHYAMIR AL AMAR B. MUHAMAD TOBIB dan INSP/KS MUHAMMAD KHIR B. TAJUL ARIFFIN.

Perbarisan menunggu ketibaan K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang .