Perlawanan Bola Jaring Anjuran KK1 UMP

Pada 21 & 22 April 2012, anggota Kor SUKSIS wanita telah menyertai perlawanan Bola Jaring yang telah dianjurkan oleh AJK Kolej Kediaman 1 dimana sebanyak sembilan kumpulan telah bertempur. Kor SUKSIS sendiri telah menghantar penyertaan sebanyak dua kumpulan yang dianggotai oleh Tahap 1, 2, 3 dan juga pegawai yang telah ditauliahkan.

Alhamdullillah, bagi sesi pertama iaitu minggu pertama , dua kumpulan Kor SUKSIS telah mendahului kumpulan kumpulan yang lain dimana tempat pertama telah dimenangi oleh SUKSIS 1 manakala tempat kedua telah dimenangi SUKSIS 2.
 
gelanggang bola jaring yang baru dibina di belakang Kolej Kediaman 1


kumpulan SUKSIS 1

anggota Kor SUKSIS yang menyertai perlawanan

bersama pihak lawan

SUKSIS 1 memenangi perlawanan 5-4


bersama pegawai yang telah ditauliahkan , Puan Siti Syazwani Razi

bersama para penyokong

gelanggang perlawanan
dengan adanya sokongan, pemain akan menjadi lebih bersemangat, jadi pada perlawanan yang akan berlansung pada hari Sabtu dan Ahad minggu hadapan , akan ada lebih ramai yang hadir untuk memberikan semangat. akhir kata , MAJULAH SUKAN UNTUK SUKSIS.

Kembara PDRM

Pada 20 April 2012, telah diadakan majlis menyambut konvoi Kembara PDRM 2012 yang dianggotai oleh 659 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejauh 2,398.3 kilometer dari Kuala Lumpur yang akan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka pada Ahad ini. Turut memeriahkan juga sambutan itu adalah pasukan Kadet Polis dan juga rakyat setempat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata kembara itu diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara masyarakat dan polis dalam membendung gejala jenayah pada masa kini.  Program kembara yang julung kali diadakan itu disertai pasukan kenderaan empat roda (4x4), basikal, motosikal dan Marin yang akan melalui beberapa negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang. Konvoi bermotosikal kali ini diketuai oleh Dato' Mortadza bin Nazarene dan turut disertai Ketua Polis Pahang dan pegawai pegawai kanan Bukit Aman. Objektif Kembara PDRM ini adalah :

1) MENERAPKAN ELEMEN 4P OLEH PDRM KEPADA MASYARAKAT.
2) MENJALINKAN HUBUNGAN KEAKRABAN ANTARA PDRM DAN MASYARAKAT. 
3) MEMPAMER SEMANGAT KEKITAAN DENGAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT



Konvoi bermotosikal

pentas yang meriah


anggota Kor SUKSIS yang turut menyertai



anggota Kadet Polis

pegawai Polis yang turut sama menanti ketibaan konvoi

Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa

Pada 21 March yang lalu, telah diadakan sebuah majlis yang gilang gemilang iaitu Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa yang melibatkan hampir seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia. Majlis ni diadakan di Dewan Agong Tengku Canselor (DATC) , UiTM Shah Alam. UMP juga telah menjadi salah satu IPTA yang menyertai majlis pelancaran tersebut. Antara unit beruniform yang turut sama menyertai majlis ini adalah Kor SUKSIS, PALAPES dan juga SISPA. Majlis yang bermula pada pukul 8 ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sekaligus menyampaikan amanat beliau.

  • Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa.
  • Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.