Mendaki Bukit Panorama dan Lawatan Muzium Sungai Lembing

Pada 30 Oktober 2010, Kor SUKSIS UMP telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Panorama dan lawatan ke Muzium Sungai Lembing di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Bukit Panorama terkenal dengan kecantikan pemandangan pada waktu pagi tatkala matahari terbit. Walaupun begitu, pendakian Kor SUKSIS ini adalah bertujuan untuk mengekalkan stamina disamping mendekatkan diri dengan alam sekitar.

 





Di sini juga turut disertakan beberapa pandangan menarik dari Bukit Panorama (ehsan Goole Image)




 Selepas penat mendaki, anggota di bawa berjalan-jalan di Muzium Sungai Lembing. Muzium ini mempamerkan kepada pengunjung tentang kekayaan pengeluaran timah di Sungai Lembing suatu ketika dahulu. Di dalam muzium ini terdapat alat-alat, pengangkutan dan jenis-jenis timah.




Diharapkan dengan aktiviti sebegini dapat lebih mengeratkan hubungan sesama anggota dan jurulatih selain menimba ilmu dan pengalaman baru.

Anggota SUKSIS dari IPT lain juga boleh turut melawat Sungai Lembing yang penuh bersejarah di negeri Pahang ini disamping merapatkan hubungan sesama SUKSIS se-Malaysia.

Kawalan Kehormatan Sempena Majlis Konvokesyen Ke-5 UMP

Pada 9 Oktober 2010, SUKSIS UMP telah diberikan tanggungjawab besar untuk membuat Kawalan Kehormatan kepada K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang sempena Majlis Konvokesyen Ke-5 Universiti Malaysia Pahang.

Anggota Kawalan Kehormatan terdiri daripada 53 anggota termasuk 2 pegawai baris, ASP/KS Mohd Nazri bin Samsudin dan Inspektor/KS Mohd Sani Idris. 





Ternyata dengan kejayaan anggota SUKSIS mengadakan Kawalan Kehormatan di hadapan K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang telah menaikkan imej Kor SUKSIS UMP dan maruah PDRM secara khususnya.
Diharapkan Kor SUKSIS UMP terus berusaha menaikkan nama PDRM di mata masyarakat dan mengamalkan sikap integriti demi memelihara kepercayaan masyarakat terhadap badan beruniform yang telah 89 tahun berjuang demi negara.