PERKHEMAHAN TAHUNAN SUKSIS UMP

Seperti lazimnya , setiap kali penghujung semester , Kor SUKSIS akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik bagi setiap tahap . Berbezanya kali ini , aktiviti yang diadakan melibatkan ketiga-tiga tahap sekaligus . Perkhemahan Tahunan SUKSIS UMP bukan sahaja disertai oleh anggota Kor SUKSIS Tahap 3 , Tahap 2 dan Tahap 1 , bahkan juga disertai oleh pegawai Kor SUKSIS yang telah ditauliahkan .

Bermula pada pagi 15 Januari 2012 , anggota Kor SUKSIS segak bergaya dengan uniform seragam penuh , berkumpul untuk menaiki bas di Kolej Kediaman 4 . Perkhemahan diadakan di Lata Lembik Raub , Pahang .


Anggota Kor SUKSIS Tahap 1

Melapor pada jurulatih

Anggota Kor SUKSIS Tahap 3

Setibanya di destinasi , kami diarahkan untuk membentuk ahli khemah dan membina khemah ditempat yang telah disediakan . Menariknya tentang pembahagian kumpulan , kami dibahagikan mengikut negeri , ini bermakna didalam setiap kumpulan , kami terdiri daripada pelbagai negeri . Aktiviti pertama kami adalah , memasak .



di khemah para jurulatih 

Aktiviti sebelah malamnya berjaya menguji kepintaran anggota Kor SUKSIS dimana para jurulatih memberikan pelbagai teka teki yang agak mencabar minda .


Sudah menjadi kemestian , setiap survival haruslah memahami cara untuk membaca peta dan menggunakan kompas . Bagi memberi persediaan untuk kami bermalam di dalam hutan belantara pada malamnya .




Kami diberi taklimat ringkas sebelum bergerak ke hutan .









Khemah yang berlantaikan daun pisang . 


Khemah anggota wanita .
Pemenang tempat pertama , 14 Advance


Kedudukan tempat kumpulan .

Majlis penutup Perkhemahan Tahunan SUKSIS UMP telah diadakan pada hari terakhir iaitu 18 Januari 2012 yang dihadiri oleh Ketua Polis Pahang ,  SAC Datuk Sharifuddin Abd Ghani .


Perkhemahan ini bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada anggota Kor SUKSIS , bahkan juga mengeratkan lagi hubungan kami terutamanya dengan anggota baru . Di sini , semangat jatidiri dan kepimpinan kian terserlah , selain menguji kebijaksanaan dan keberanian menempuh cabaran . Di harap aktiviti seumpama ini dapat diadakan lagi , insyaALLAH .


No comments: