Lawatan YAB Perdana Menteri Ke Kampus Pekan, UMP.


2011/03/12 , Sabtu .

Kampus Pekan Universiti Malaysia Pahang telah menerima lawatan dari YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Lawatan selama 2 jam di kampus Pekan tersebut telah disambut oleh pelbagai golongan masyarakat. Pasukan Kor Suksis UMP turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Kami telah bertolak dari kampus Gambang, UMP pada pukul 7.30 pagi. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalannya, Datuk Shaifuddin Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Dalam lawatan dari jam 11.30 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan untuk meninjau pembanggunan UMP Pekan yang mula beroperasi pada 27 julai 2009 dengan berpindahnya seramai 2, 480 pelajar dan 263 staf yang sebelum ini menetap di kampus sementaranya di Gambang.

Penulis telah tertarik dengan kata YAB mengenai isu warga akademik yang terlibat dalam politik. Beliau meminta agar warga akedemik di setiap IPT tidak terlalu asyik berpolitik termasuk mengejar jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik dan membentuk modal insan berkualiti. Disamping itu, YAB juga mencadangkan UMP menjadi univerisiti teknikal dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada disiplin.


*source: Berita Harian


Pada hari tersebut, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP yang dibangunkan bersama anak syarikat UMP sendiri, UMP Green Technology Sdn Bhd bersama Urban Environment Industries Sdn Bhd. Projek tersebut membabitkan pembanggunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai.

Lawatan tesebut berakhir pada jam 1 petang. Sebelum pulang, kami telah dijemput menikmati makanan tengahhari yang telah disediakan oleh pihak UMP.











1 Malaysia, 1 Hati, 1 Jiwa 

till then, salamunalaikum .

Semua Pelatih Pulapol Dikuarantinkan

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan manakala pelawat pula tidak dibenarkan melawat mereka.
Urusan latihan di Pulapol juga dihentikan buat sementara waktu dan pembukaan semula adalah bergantung pada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tindakan itu diambil susulan kematian seorang pelatih polis, Mohd Azizan Azirid, 25, yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, Isnin lalu.
Komandan Pulapol, Senior Asistan Komisioner Zulkifli, berkata, pasukan seramai 40 pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk lapan doktor dan 32 kakitangannya berada di Pulapol semalam untuk memantau keadaan.

“Kehadiran mereka bertujuan memeriksa dan mengambil tindakan kawalan seperti tindakan mengenal pasti dan mengasingkan pelatih yang berkemungkinan dijangkiti.

“Setakat ini, seramai 42 pelatih sudah diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut,” katanya.

Zulkifli berkata, sehingga semalam, seramai 31 pelatih termasuk empat pelatih inspektor dan 27 pelatih pelatih konstabel dirawat di wad biasa Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Pelatih-pelatih yang lain diminta mempertingkatkan kebersihan kawasan berek masing-masing sementara urusan latihan di Pulapol dihentikan buat sementara waktu dan pembukaan semula adalah bergantung kepada nasihat KKM.

Bagi memudahkan perhubungan dengan bilik gerakan khas Pulapol bagi menangani situasi ini, ahli keluarga boleh menghubungi talian 03-26882062 atau 03-26882009.

Bye2 2010/2011.. Hello 2011/2012


Pada 4 Mac 2011, Annual Grand Meeting SUKSIS telah diadakan di WDKU 2. Dihadiri oleh semua tahap beserta 4 orang jurulatih pemantau (Kop Ismail, Kop Zaidi, Kop Azman dan Sjn Osman) dan seorang pegawai (C/Insp Ismail).

Dimulakan dengan bacaan doa diiringi dengan lagu Sedia Berkhidmat dan Gemilang UMP. AGM diteruskan dengan ucapan dari Presiden SUKSIS UMP 2010/2011, Muhammad Shyamir Al-Amar. Minit mesyuarat dibentangkan oleh Setiausaha 1, Cadence Isis Tay dan belanjawan SUKSIS UMP oleh Bendahari Agung, Wan Mohd Huzaifi.

Pemilihan MT dan Exco 2011/2012 dilakukan secara undian dimana senarai penama telah disediakan oleh AJK undian berdasarkan survey dari jurulatih. Jawatan bagi exco telah ditetapkan dalam mesyuarat pertama AJK 2011/2012 pada 9 Mac 2011. Berikut merupakan senarai MT dan Exco 2011/2012 terbaru:


MAJLIS TERTINGGI KOR SUKSIS UMP 2010/2011

Naib Presiden 2:
Abdul Hakem



Tahap 2


Tahap 1


EXCO - EXCO

Exco Disiplin & Kerohanian

Exco Kebajikan

Exco Logistik

Exco Publisiti & Dokumentasi

Exco Sukan & Rekreasi

Exco Ad-Hoc


AGM diteruskan dengan pembentangan aktiviti sepanjang tahun dan diakhiri dengan ucapan Presiden sesi baru serta jamuan ringan.
Diharap semua anggota KOR SUKSIS UMP tidak kira jawatan mahupun latar belakang bekerjasama dalam menjayakan misi visi agar kita mampu bergerak ke hadapan setanding dengan kelab-kelab agung lain.

Tahniah Insp. KS Muhammad Nazumi dan Mohamad Khidir

Inspektor KS. Muhamad Nazumi dan Inspektor KS. Mohamad Khidir


KOR SUKSIS UMP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 2 orang anggota KOR SUKSIS yang berpangkat Insp. KS yang baru sahaja mula menjalani dalam kepolisan di PULAPOL Semarak pada 1 Mac 2011. Latihan akan dijalankan selama 9 bulan dengan penerapan nilai-nila disiplin, tertib dan juga kepolisan yang tinggi. Semoga anda berdua mampu berdiri di hadapan sebagai pelatih terbaik dan sekali gus mengharumkan nama KOR SUKSIS UMP!!
Ketabahan, kecekalan dan daya mentaliti yang tinggi menjadi dorongan disamping pegangan agama yang kukuh mampu menjadi anda berjaya!
Syabas dan Selamat Maju Jaya!

Lawatan ke PGM W.3 Kuantan

Lawatan ke Pasukan Gerakan Marin Wilayah 3 ini disertai oleh anggota Tahap 3. Antara aktiviti yang dijalankan adalah: rondaan atas bot marin, taklimat mengenai tugas PGM dan sesi riadah bola tampar.

PGM Kuantan bersama SUKSIS UMP

Taklimat tugas-tugas khas PGM

Atas bot marin

Dek kemudi di bahagian bawah

Turut diberi peluang untuk mengemudi bot

Bersiap sedia untuk riadah

Bola tampar

Sepak takraw

Syok bermain sampailah bola terhumban ke dalam laut

Pasukan bola tampar SUKSIS

Sesi minum petang 
Banyak input dan output yang kami terima sepanjang lawatan ke PGM W3. Selain dapat memahami tugasan PGM, kami juga diberi peluang untuk merasai cara-cara pengendalian bot dan juga cara 'hidup' anggota marin di dalam kapal.

Bantuan Sukarelawan Banjir Kg. Kundang Ulu, Ledang

Program: Bantuan Banjir Sukarelawan 1Malaysia di Kundang ULU, Ledang, Johor
Peserta: KORSUKSIS UMP Tahap 3

Keadaan selepas banjir memusnah kawasan sekolah

Perabot yang musnah

Antara peserta perempuan wakil SUKSIS

Sebelum pembersihan lantai

Meleraikan meja sebelum pembersihan dilakukan

Kerusi makmal 

Guru sekolah membersihkan kawasan kantin sekolah

Membersihkan meja 

Isteri Tuan Ismail turut sama-sama menyumbangkan tenaga masak untuk anggota

Berehat sebelum makan tengahari

Pembersihan lumpur didalam makmal

Penat bekerja. Masa untuk tido

mengecat podium mengikut warna UMP

"monumen" terakhir yang dibuat oleh SUKSIS UMP sebelum meninggalkan kawasan sekolah