TERENGGANU, 13 Mei– Skuad 2 Kor SUKSIS UMP telah memulakan cabaran untuk mendaki gunung Berembun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelatih Kor SUKSIS UMP berkonsepkan 1 Malaysia.
Ekspedisi Gunung Chemerong-Berembun ini bermula pada 13 Mei dan berakhir pada 18 Mei 2011. Turut serta ekspedisi ini adalah para jurulatih serta seorang pemandu arah (guide). Secara ringkasnya Hutan Lipur Chemerong yang terletak di daerah Dungun di Terengganu Darul Iman ini adalah di bawah jagaan dan seliaan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Ia merangkumi beberapa buah gunung antaranya Gunung Berembun, Gunung Chemerong dan Gunung Mandi Angin. Namun demikian, destinasi program ini hanyalah untuk menawan Gunung Berembun, Gunung Chemerung dan Air Terjun Lansir.
Sebelum pendakian, kami telah mendirikan khemah di Hutan Lipur Chemerong. Keesokannya kami mula mendaki pada pukul 8.30 pagi dengan bantuan pemandu arah dan lebih kurang dua jam selamat tiba di Kem Balak yang merupakan transit sebelum ke puncak. Kami telah mendirikan khemah dan bermalam di sana. Perjalan diteruskan pada keesokkan harinya, lewat tengah hari kami akhirnya berjaya menawan Gunung Berembun. Kami berada di puncak selama satu jam untuk menikmati keindahan panorama alam dari atas gunung sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Lansir dan bermalam di khemah yang telah didirikan. Kami tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di Air terjun Lansir yang mempunyai air yang sangat jernih serta landskap yang menarik.
*dimulakan dengan bacaan doa sebelum mula mendaki
*para pelatih mula mengambil beg masing-masing
*berhati-hati ketika miniti titi
*mendirikan khemah di Kem Balak sebelum meneruskan pendakian
*pendakian diteruskan
*setiap halangan dihadapi dengan penuh sabar
*menerapkan semangat tolong-menolong
*kami semakin hampir ke puncak
*ketika di puncak
*terdapat banyak pokok-pokok bonsai di puncak gunung
*Gunung Berembun telah berjaya kami tawan !!!
*meneruskan perjalanan ke Air terjun Lansir
*pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan kami ke Air Terjun Lansir
Pada keesokkan paginya, kami meneruskan perjalanan untuk turun ke Hutan Lipur Chemerong semula. Lewat tengah hari kami sampai ke Kem Balak. Setelah berehat sebentar dan makan tengah hari, kami meneruskan kembali perjalanan. kami sampai di Hutan Lipur Chemerong pada lewat petang. Semua pelatih Kor SUKSIS UMP selamat sampai walaupun ada dalam kalangan kami yang cedera. Ekspedisi kali ini benar-benar menguji minda dan stamina kami. Di samping memupuk kecintaan kepada aktiviti lasak yang sihat, ia juga merapatkan lagi hubungan antara kami termasuk dengan para jurulatih yang menjadi pengiring.
*senaman regangan sebelum turun ke Hutan Lipur Chemerong
*terima kasih kepada para jurulatih kami
*Gunung Berembun yang berjaya kami tawan
*bergambar sebelum pulang ke UMP
Sebelum pulang ke Universiti Malaysia Pahang, kami telah bermalam sekali lagi di Hutan Lipur Chemerong. bagi meraikan kejayaan kami menawan Gunung Berembun tersebut, kami telah mengadakan sedikit jamuan (aktiviti BBQ).
penulis: peeka syuhada