Seni mempertahankan diri sememangnya antara kemahiran yang memang perlu ada dalam setiap anggota Polis, justeru itu anggota Kor SUKSIS UMP tahap 1 dan tahap 2 telah menjalani latihan Karate selama dua hari bersama Encik Samean bin Wahab dan Encik Hanafi bin Ahmad.
Selama dua hari tersebut banyak teknik yang telah kami pelajari. Antaranya adalah Kata. Kata bermakna "bentuk" atau "model." Kata adalah urutan pergerakan yang mewakili pelbagai postur serangan dan pertahanan. Postur ini adalah berdasarkan penggunaan pertempuran yang ideal.
Beberapa teknik yang diajar dalam Bahasa Jepun agak mencabar, namun berkat usaha jurulatih, kesemua anggota Kor SUKSIS yang menyertai dapat melakukan seni mempertahankan diri tersebut dengan baik. Diharap jurulatih yang di-import khas dari Kem Bridget Tenggara, Galing dapat kembali untuk mengajar lagi .