Pada 23 March 2013 yang lalu. satu program Pendakian ke Bukit Pelindung telah di buat oleh Pasukan KOR SUKSIS UMP. Seramai 139 anggota yang melibatkan Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 serta beberapa orang pegawai tauliah telah bersama sama menjayakan program tersebut. Para jurulatih dan Pegawai KOR SUKSIS UMP juga turut bersama-sama dalam pendakian ke Bukit Pelindung itu.
Kami bertolak ke Bukit Pelindung seawal jam 7.30 pagi. Perjalanan dari UMP Gambang ke kaki Bukit Pelindung mengambil masa lebih kurang satu jam. Sebelum memulakan pendakian, kami terlebih dahulu menikmati sarapan pagi yang telah disediakan and that's SUKSIS UMP's official breakfast! Nasi Lemak!
Kemudian kami di bahagikan mengikut kumpulan. Ini adalah kerana untuk me’minimize’kan jumlah orang dalam kumpulan atau dengan kata lain untuk menghasilkan kumpulan kumpulan kecil. Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Better prevent than cure! :D
Perjalanan menuju ke puncak Bukit Pelindung mengambil masa lebih kurang satu jam... Kami melalui trek yang telah disediakkan.. Perjalanan menuju ke puncak agak mencabar, ada cerun yang landai dan ada juga cerun yang curam.
Setelah puncak Bukit Pelindung berjaya kami tawan, kami dibenarkan berehat selama lebih kurang 15 minit sebelum meneruskan semula perjalanan ke kaki bukit. Perjalanan ke kaki bukit juga mengambil masa lebih kurang satu jam.
Penat lelah yang dirasai seolah-olah terhapus apabila kami sampai di kaki bukit pelindung. Ini disebabkan oleh permandangan di kaki bukit yang sangat cantik. Kaki Bukit pelindung itu terletak betul betul di kawasan daya tarikan pelancong yang terkenal di Kuantan. Teluk Cempedak. Dan kami, KOR SUKSIS UMP menjadikan tempat peranginan itu sebagai pengkalan kami untuk berehat....
Lebih kurang 1.30 petang kami bertolak pulang ke UMP.
‘’Life is to be lived. If you have to support yourself, you had bloody well better find some way that is going to be interesting. And you don't do that by sitting around. ‘’