Ujian Menembak di Kem PGA Bukit Galing



Tarikh : 12 Oktober 2013

Masa: 8.00 am

Tempat : Kem PGA Bukit Galing, Semambu, Kuantan, Pahang


Pasukan KOR Suksis UMP telah menjalani ujian tembak di Kem PGA Bukit Galing dengan jayanya pagi tadi. Seramai 113 anggota beserta dengan 2 orang pegawai tauliah menghadiri ujian tembak tersebut. Ujian kawad kali ini hanya disetai oleh anggota dari Tahap 2 dan Tahap 3.

Tahap 3
Tahap 2
Perjalanan yang mengambil masa satu jam dari Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang tiba di destinasi pada pukul 8.10 am. Tiga buah bas diperuntukkan untuk membawa kami ke destinasi yang ingin ditujui.



Sebelum menjalani ujian tembak, kami terlebih dahulu bersarapan di tapak lapang sasar tersebut. Mee goreng dan teh o panas disediakan dihidangkan sebagai pembuka selera.





Setelah selesai bersarapan, kami di bahagikan mengikut tahap masing masing. Tahap 2 beredar ke lapang sasar revolver.38 dan mendengar taklimat ringkas tentang cara pengendalian revolver terbabit dan Tahap 3 juga diberikan taklimat ringkas tentang cara pengendalian m-16.

Setelah berbulan kami menjalani kelas mustekri dan kelas senjata api, kini tibalah masanya kami mempraktikkannya dengan menggunakan peluru hidup. Segala teori senjata api yang telah dipelajari serta tunjuk ajar daripada para jurulatih amatlah berguna dan amatlah dihargai

lapang sasar m16






Hanya anggota tahap tiga menjalani dua ujian tembak iaitu m-16 dan revolver.38... manakala anggota tahap dua hanya menjalani ujian tembak revolver.38.. 

lapang sasar revolver .38



 




Untuk pengatahuan Komandan KOR Suksis, ACP/KS Prof Dr.Yuserrie Zainuddin beserta dengan Pegawai Latihan Luar KOR Suksis, ASP/KS Mohd Nazri b Samsudin juga turut serta dalam acara tembak ini... Pewai tauliah Insp/KS Hakem Abdul Hamed dan Insp/KS Azhar Redza juga bersama sama kami pada acara tembak yang berlangsung di Bukit Galing pagi tadi.

pegawai tauliah bersama sama Prof Yuserrie
Insp/KS Azhar Redza dan Insp/KS Hakem Abdul Hamed
Acara menembak selesai lebih kurang pukul 12.30 pm... Setelah selesai, kami bergotong royong bersama sama mengemas kawasan acara tembak. Kemudian kami bersama sama pegawai-pegawai,para jurulatih kami beserta jurulatih di padang sasar,menjamu hidangan makan tengah hari yang disediakan.




Acara tembak berakhir dengan acara angkat sumpah yang telah diketuai oleh jurulatih dari cawangan persenjataan yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami sewaktu di padang sasar.Kemudian kami bertolak pulang ke UMP kampus Gambang lebih kurang pada pukul 2 petang.




''Never underestimate the power of dreams and the influence of the human spirit. we are all the same in this notion; The potential for greatness lives within each of us.''