Majlis Solat Hajat dan Tahlil


Alhamdulilah.. Selesai sudah majlis solat hajat & tahlil yang dilaksanakan bersempena dengan minggu peperiksaan yang bakal berkunjung tiba. Ribuan terima kasih buat saudara Hakimi Mazlan berserta saudari Siti Maryam Nordin diatas usaha yang dilakukan bagi menjayakan program ini.



Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua anggota suksis UMP beserta para pegawai tauliah yang sudi menghadirkan diri bagi menjayakan majlis solat hajat dan tahlil ini terutama para anggota dari kampus Pekan. Dari jauh mereka datang tau :)

Majlis solat hajat dan tahlil ini bermula dengan solat maghrib secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat serta bacaan tahlil. Sedikit pengisian berguna tutut di sampaikan oleh Ustaz Hassanal Haris diberikan sebagai santapan para anggota suksis serta para pegawai tauliah sekalian. Pengisian yang berguna sedikit sebanyak boleh mendorong para anggota sekalian yang masih memengang status pelajar untuk menjadi seorang modal insan yang lebih berguna. Majlis dieteruskan lagi dengan solat isyak secara berjemaah.

Hakimi bersama Ustaz Hassanal Haris
Setelah selesai solat isyak, kami bergerak ke Pejabat Kor Suksis UMP untuk menjamu sedikit jamuan ringan.





nampak tak ada NUR kat blakang tu, mohh coop sepat buat calon menantu :P




kat mana camera pergi ada die nie -.- haha~
Semoga acara sedemikian dapat diteruskan untuk semester semester yang akan datang~

Seperti mana nilai teras UMP yang pertama ada menyatakan, STRONG BONDS WITH CREATOR! No matter what religion u are :D The study week begins! Mohon dipermudahkan segala urusan.
Stay Cool
Stay Healthy
and
Stay Strong!
Selamat menduduki final exam kepada semua Insp KS serta para anggota sekalian. Wish U all the best! Because success is the matter of hard work, so just keep calm and study smart!

'' Inspiration is one thing and you can't control it but hard work is that keeps the ship moving. Good Luck mean, work hard. Keep up the good work.''

Good luck for final to all my dearest Suksis-mate !
 See ya again next semester!


Kem Induksi 2013 | Day 1



Pada 22 dan 23 November yang lalu kami telah menjalankan satu Kem Induksi Suksis UMP. Alhamdulillah kem induksi tersebut telah berjalan dengan jayanya. Kem dibahagikan kepada dua sesi dan setiap sesi dijalankan adalah di tempat yang berbeza.

Sebelum itu, agak kelewatan kami ingin mengucapkan Selamat Datang kepada anggota-anggota baru tahap satu KOR SUKSIS UMP. Tetapi kehadiran anda semua dalam family Kor SUKSIS UMP ini amatlah di alu-alukan. 


Tarikh : 22 November 2013

Masa: 8.00 pm

Tempat : Blok W, Universiti Malaysia Pahang


Sesi pertama, dimulakan dengan sesi perkenalan atau dengan kata lain sesi Ice Breaking. Sesi Ice Breaking ini adalah sebagai foundation ataupun asas dalam sesebuah Kem Induksi. Program bermula pada pukul 8.00 malam. Seperti biasa, pembahagian kumpulan telah diadakan. Anggota baru bersama-sama anggota lama diletakkan di dalam satu kumpulan.

Majlis dimulakan dengan kata kata aluan Pengarah Program, Safuwan

Tiada istilah '' senior junior ''yang kami terapkan, kerana sikap bertolak ansur, bertoleransi, tolong menolong dan hormat menghormati lebih di titikberatkan. Sebab kami percaya, dengan adanya ukhwah yang terjalin, hubungan silaturrahim menjadi lebih erat.

Anggota anggota baru di dedahkan dengan lebih mendalam tentang KOR SUKSIS UMP. Di sini mereka diberi pengenalan tentang para pegawai, jurulatih serta majlis teringgi serta exco. Dengan adanya pengenalan sedikit sebanyak tentang para pegawai serta jurulatih, mereka akan kenal akan pegawai Kor Suksis UMP serta para jurulatih. Montaj berkaitan aktiviti-aktiviti yang lalu turut di pertontonkan kepada para anggota baru. Dengan ini, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat serta merubah mindset mereka dalam memberikan komitmen yang ikhlas untuk menjalankan apa jua aktiviti yang Kor SUKSIS UMP laksanakan,bukan kerana elaun yang di berikan semata mata.

pengenalan tentang ahli jawatankuasa oleh President KOR SUKIS UMP

Aktiviti yang di jalankan pada malam itu tidak kurang meriahnya. Pelbagai aktiviti yang di sediakan oleh para fasilitator kem induksi kali ini.




sebelum mulakan aktiviti, kita makan dulu~ ^^.










Some people say, let the pictures tell the story telling behind.
So, have fun and lets memories rewind~
okay!
let's begin! :D

ketua dan penolong ketua kumpulan~

dieorang ada secret meeting ngan fasi~ ehem! tell me why!~ :D



amboi~ haha~~
















































setiap kumpulan ada identiti sendiri~

ha! bila lagi kan nak pakai mcam nie~ masa nie je la~

this is awesome! kreatif ^^

akak bas kita~



#eh..main main mata pulak~ haha

this~ Geng Bas Suksis katanya~





Aktiviti pada malam berkenaan berakhir pada pukul 11.30 pm. Para anggota baru dan lama pulang ke kolej kediaman masing-masing dan mempersiapkan untuk aktiviti keesokan harinya.

Sekian untuk Kem Induksi Suksis's day 1!~ Keesokkan paginya itu, kami bertolak ke Sungai Lembing untuk agenda Kem Induksi yang seterusnya~ 

[ ... To be Continue~~ ]


“The meeting of two personalities is like the contact of two chemical substances: if there is any reaction, both are transformed. Stay strong and stay together to be a better SUKSIS-mate''