Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada Jumaat yang lalu, bersamaan 14 Febuari 2014, Skuad 5 Kor SUKSIS UMP telah mengikuti satu perkemahan di Air Terjun Jerangkang. Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam...
Kami bertolak dari UMP pada pukul 3.30 pm sertelah mendengar taklimat ringkas berkenaan perkhemahan tersebut...Perjalanan mengambil masa hanya 30 minit dengan menaiki bas.. Setelah sampai di persimpangan masuk kedalam tapak perkhemahan air Terjun Jerangkang, kami menaiki truck PDRM.
|
semua nak beralun alun dalam truck ~ hahaha~ |
Setibanya di tapak perkhemahan, kami bergotong-royong membersihkan tapak dan mendirikan khemah. Selepas itu kami bersama sama menyediakan makan malam. Bahan mentah seperti sayuran, beras dan makanan dalam tin, seperti sardin diagihkan oleh jurulatih kepada setiap kumpulan.
|
tapak perkhemahan |
|
bukan senang nak jumpa anak dara sekarang basuh bawang tepi sungai |
|
5 rencah 5 rasa ~ :P |
|
ayuh, makan dulu... |
Aktiviti kompas game dilakukan pada sebelah malam. Para jurulatih membekalkan kami sebuah kompas dan kami dikehendaki mencari arah
bearing yang di berikan, berbekalkan ilmu asas kompas yang telah dipelajari di kem PGA yang lepas. Masa yang dicatatkan oleh kumpulan pertama yang berjaya untuk menyelesaikan '
compass game' tersebut adalah 45 minit. Cabaran untuk membaca kompas pada malam hari adalah lebih sukar. Ini kerana tahap visual mata manusia yang ada batasannya.
Aktiviti pada waktu malam berakhir dengan
compass game tersebut. Kami dikehendaki tidur, untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk aktiviti mendaki pada keessokkan harinya. Walaupunbergitu, tugas s
entri tetap berjalan seperti biasa.
Pada keesokkan harinya, setelah selesai sarapan pagi, jurulatih kami mengadakan satu quiz, mengenal tumbuh tumbuhan hutan. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk meneka nama tumbuh-tumbuhan tersebut.
|
sarapan pagi!~ |
|
top up power dulu sebelum mendaki :D |
|
jurulatih memberi penerangan ringkas tentang tumbuh tumbuhan hutan |
Setelah semuanya selesai, kami membuat '
warm up' sebelum mendaki bukit tersebut. Pendakian ini bertujuan juga menguji stamina para anggota suksis setelah sekian lama
berehat pada cuti semester. If i'm not mistaken, air terjun jerangkang mempunyai 13 tingkat..tetapi, kami hanya mendaki sampai tingkat 3 sahaja.
|
nak ape? cepat2 pilih~ askar~ bomba~ krs~ polis trafik~ |
|
journey begins... |
Penat? Lelah? Letih?~ Semuanya hilang apabila kami sampai die tapak rehat tingkat 3 air terjun jerangkang. Permandangannya ciptaan illahi yang mengagumkan. Kami berehat di sana selama dua jam setengah. Setiap kumpulan, masing-masing mencari tapak sendiri untuk memasak.
|
ha, nie awal awal lagi dah terjun... |
Setelah kenyang perut diisi, dengan berbakikan masa yang ada, pegawai pengiring kami membenarkan kami untuk bermandi manda. Orang kata,
'What a chance!'' Peluang ada depan mata, gunakkan dengan berhemah. Bermacam macam style , dan pelbagai gaya yang ditunjukkan. Al maklumlah, semua dah pergi kursus renanglah katakan...
Tepat jam 2 petang kami, diminta untuk kemaskan tapak memasak masing masing dan bersedia untuk turun semula ke tapak perkhemahan.
Pada sebelah petang di tapak perkhemahan, jurulatih kami tunjukkan cara-cara untuk membuat api. Ini juga boleh diklasifikasikan sebagai iktihar hidup didalam hutan. Setelah cara yang betul ditunjukkan, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil untuk mencuba, dan semuannya berjaya.
Pada sebelah malam, kami ber BBQ. Kalau malam camping x ada camp fire tak seronok orang kata. Tapi kami tak buat camp fire pun. Sebab tak jumpa kayu api. Hahaha.. Game ''
Kenapa Oh Kenapa'' menjadi pengganti. Bermacam soalan dan bermacam jawapan diajukan. Gelak tawa jadi pengganti cengkerik di Hutan Lipur Jerangkang pada malam tersebut. And,what is the most important things, SKUAD 5 memang sporting abis and supporting each other.
Keesokkan harinya, kami berangkat pulang ke UMP. Tetapi sebelum itu, kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan Air Terjun Jerangkang tersebut dan aktiviti mara lasak menjadi acara penutup perkhemahan kali ini. Perjalanan yang membawa bebanan beg diatas bahu masing-masing itu mengambil masa 2 jam. Walaupun pada mulanya tampak mustahil, tapi kami semua berjaya ke
garisan penamat. Well done skuad 5!
|
fitic sedang dijalankan~ a.k.a gotong royong bersihkan kawasan |
Once again! Tahniah skuad 5!
''Always continue the climb. It is possible for you to do whatever you choose, if you first get to know who you are and are willing to work with a power that is greater than ourselves to do it.''