Chemerong-Berembun-Langsir #CBL | Skuad 5 Kor Suksis UMP


''Kalau bayar untuk senang, mahal. Kalau bayar untuk sush, murah. Kita bayar untuk susah, tapi pengalaman yang kita dapat sangat mahal'' (SM Abu, CBL-2014)

Sebaris ayat pembakar semangat yang jurulatih kami sampaikan pada malam sebelum misi menakluk puncak Gunung Berembun. Mungkin pada awalnya kata kata tersebut agak biasa didengari. Tetapi setelah berpenat lelah memerah keringat untuk sampai ke puncak, kata kata SM kami terngiang ngiang di hujung telinga. Ya, memang benar..Pengalaman mendaki selama 2 hari ke puncak Gunung Berembun tersebut sememangnya begitu berharga. Pengalaman yang bersemadikan memori ini tak mungkin dapat kami lupa. Tambahan pula dengan keindahan ciptaan ilahi yang dapat dinikmati di puncak Air Terjun Langsir tersebut.



Pada 6 - 10 April 2014 yang lalu Skuad 5 Kor Suksis UMP telah berjaya menyelesaikan misi menakluk puncak Gunung Berembun (3405 kaki). Seramai 42 orang anggota, 18 lelaki dan 22 wanita , 9 Jurulatih serta seorang penunjuk arah telah mengikuti ekspidisi yang dianjurkan kali ini. Aktiviti ini diadakan pada cuti midsem baru baru ini adalah salah satu aktiviti tahunan yang telah ditetapkan dalam silibus latihan luar Kor Suksis UMP.



Kami bertolak dari UMP pada pagi 5 April 2014. Perjalanan ke Hutan Lipur Chemerong mengambil masa selama 2 jam lebih. Setelah sampai ke destinasi, kami mendirikan khemah di tapak perkhemahan yg disediakan dan melakukan persiapan untuk makan tengah hari serta malam. Pada waktu petang kami membuat sedikit senaman ringan sebagai persiapan untuk mendaki keesokkan harinya.





Pada sebelah malam, kami mendengar sedikit taklimat dan pesanan yang disampaikan oleh para jurulatih. Selepas itu kami dikhehendaki tidur untuk menyimpan tenaga untuk misi pendakian kami pada keesokkan harinya.


Pada keesokkan harinya, dengan semangat yg berkobar-kobar kami bersiap untuk memulakan misi pendakian ke puncak Gunung Berembun. Sebelum itu, ketua kumpulan dikehendaki mengambil pas peserta pendakian untuk diagihkan kepada ahli kumpulan. Pendakian ke puncak Gunung Berembun bermula. Disini kami lebih kenal apa apa itu semangat berpasukan dan saling tolong-menolong antara satu sama lain serta ukhuwah yang terbina kian utuh.













cik din, cik hanafi dan JL









Pada hari pertama, pendakian kami menuju ke Kem Y melalui Kem Balak. Kami singgah untuk makan tengahari di Kem Balak dan bermalam di Kem Y sebelum memulakan pendakian pada hari ke dua untuk menuju ke puncak Berembun. Setibanya kami di puncak Berembun, kami seolah olah tidak percaya bahawa kami berjaya untuk mendaki sampai ke puncak. Kegembiraan terserlah dari riak wajah para anggota dan jurulatih, tak lupa juga pegawai pengiring kami Tuan Samad Othman...



Kami berehat di puncak Berembun untuk seketika, sebelum memulakan perjalan ker Air Terjun Langsir. Perjalanan ke Air Terjun Langsir ini melalui Taman Bonzai.Taman Bonzai cukup terkenal dengan keindahan alam flora.




















Daripada puncak Berembun ke Air Terjun Langsing, perjalanan memakan masa selama satu jam lebih. Semakin menghampiri destinasi semakin terasa keindahan alam semulajadi ciptaan ilahi.





Setibanya kami di Air Terjun Langsing, kami disajikan dengan permandangan yang cukup indah. Dan benar kata SM, kita bayar murah, tapi pengalaman kita dapat bergitu bernilai. Kami bermalam die Air Terjun Langsir ini. Dan para anggota dibenarkan membuat aktiviti sendiri di samping itu, faktor keselamatan tetap diketengahkan.















Kesokkan harinya, kami bersiap untuk memulakan perjalanan untuk menuju kembali ke Hutan Lipur Chemerong. Sebelum memulakan perjalanan, kami melakukan sedikit regangan untuk mengelakkan sebarang kecederaan sepanjang menuruni puncak tersebut.


sunrise :D


jurulatih, pegawai tauliah serta pemandu arah

bai bai, till we meet again #CBL!

Kami selamat sampai ke Hutan Lipur Chemerung pada pukul 5 petang. Kami memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana diberi peluang untuk mendaki sampai ke puncak serta berjaya melaksanakan misi yang diberikan tanpa sebarang gangguan dan kecederaan. Well done Skuad 5!

Selama 3 hari bersardin dalam hutan, akhirnya kami dapat ber'steamboat' pada sebelah malamnya. Masing masing berkongsi cerita, bergelak tawa, dan berceloteh akan tetapi kami masih menjaga batas ketika berada di dalam hutan.






Kami bertolak pulang ke UMP pada keesokkan harinya. Till we meet again CBL.. All those moment will never be forget because we will remember until we forget and for your information this is the last activity that involved Skuad 5 before tauliah.

bersama pegawai tauliah, Tn Samad


everyone is so excited :)





this! the best photo along the #CBL... Jurulatih kami awesome! Sarjan Rahim Power!



“Memories warm you up from the inside. But they also tear you apart.”