Latihan Luar dan Kursus Pertolongan Cemas Siri 1/2009

Artikel dari: CREATE bil. 2 April-Jun 2009
Oleh: MOHD FERDAUS B. MUSA




Skuad 1 dan Skuad 2 Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 5 mei 2009 telah menjalani Latihan Luar Siri 1/2009 di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Segamat Johor.




Latihan ini dibuat serentak dengan Kursus Asas Latihan Pertolongan Cemas bagi Skuad 1 dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahan, Asisten Komisioner Junaidi Mashud. Kursus yang dijalankan ini juga mendapat kerjasama daripada Hospital Daerah Segamat.

CPR Team, Hospital Daerah Segamat turut menyampaikan teori asas dan amali pertolongan cemas kepada anggota Kor SUKSIS. Di sesi akhir latihan, CPR Team telah mengadakan ujian bertulis dan amali kepada peserta kursus bagi menilai tahap kompetensi yang disasarkan iaitu sekurang-kurangnya 80% markah.




Peserta yang kompeten telah dianugerahi Sijil Kompetensi dan terlatih sebagai pengendali pertolongan cemas serta berupaya membantu memberi bantuan pertolongan cemas pada bila-bila masa. Manakala di akhir program, anggota Kor SUKSIS telah melakukan demonstrasi berbentuk lakonan beberapa kejadian yang memerlukan pertolongan cemas kepada seluruh tetamu. Demonstrasi tersebut telah mendapat pujian daripada ACP Junaidi dan Pengarah hospital Segamat.

Mereka menyifatkan anggota Kor SUKSIS UMP sebagai kreatif dan pantas mempelajari sesuatu kemahiran dengan baik. Turut hadir Pegawai Turus Jabatan Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, Superintenden Mohamad Laham, Ketua Polis Daerah Segamat dan Pengarah Hospital Daerah Segamat.

Kor SUKSIS UMP Cipta Nama di Ekspedisi Rakit Antarabangsa

Artikel dari: CREATE bil. 2 April-Jun 2009

Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyertai cabaran Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009 anjuran Kerajaan Negeri Pahang pada 23 hingga 29 Mei 2009 yang bermula dari Temerloh hingga Pekan, Pahang.



Kor SUKSIS UMP telah menjulang nama UMP dengan menduduki tempat kedua anugerah Mat Kilau kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan membawa pulang wang berjumlah RM 1000, cenderamata dan sijil penyertaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang.






Ekspedisi tersebut diketuai oleh Pegawai Latihan Kor SUKSIS, C/Insp. Ismail Abdullah dan disertai dua orang jurulatih serta enam orang anggota. Latihan itensif menggunakan rakit sebenar telah dilakukan di Sungai Jin, Sungai Lembing dari 21 hingga 22 Mei 2009.



Cabaran demi cabaran dan halangan yang perlu dilalui oleh peserta. Pada hari pertama ekspedisi, peserta didedahkan dengan pengalaman untuk menyesuaikan diri dengan suasana sebenar cabaran menyusuri Sungai Pahang di mana ekspedisi dilaksanakan secara santai bermula dari Temerloh ke Kuala Triang dengan jarak perjalanan sejauh 24 kilometer dan diikuti pada hari kedua dari Kuala Triang ke Chenor sejauh 27 kilometer.



Manakala hari ketiga merupakan cabaran yang paling mencabar iaitu sejauh 56 kilometer dari Chenor ke Salong. Ekspedisi pada hari keempat pula adalah sejauh 44 kilometer dari Kampung Salong ke Kampung Ganchong. Manakala pada hari terakhir, peserta terpaksa melalui banyak cabaran dan halang beting pasir serta rumah pam pasir sejauh 27 kilometer dari Kampung Ganchong ke Esplanade Pekan.

Program Bakti Siswa Kg. Keledek 2009

Pada 23 Disember 2009, Kor SUKSIS UMP telah terlibat untuk menjayakan Bakti Siswa KPT 2009. Kampung Keledek dan RPT Sungai Ular telah dipilih sebagai kampung angkat UMP. Kami bertolak seawal 8 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 4 jam.

Kehadiran kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. Pada malam pertama, mereka secara rahsianya bergotong-royong memasak di surau untuk meraikan kami. Selepas solat Isya' berjemaah, kami bersama-sama menjamu selera.

Pada hari kedua, Karnival Kg. Keledek dilaksanakan. Pelbagai pertandingan dan aktiviti yang kami anjurkan. Sebagai contoh program derma darah, saringan kesihatan, pertandingan futsal, bola jaring, gubahan tuala dan membuat kerabu. Penduduk kampung memberi kerjasama dan telah menyumbangkan sekolah untuk kami laksanakan karnival ini. Agensi-agensi kerajaan seperti PDRM dan Bomba juga datang bagi memeriahkan suasana.


Senamrobik pada pagi karnival.


Mendengar penerangan dari pihak Bomba.


Selesai pertandingan bola jaring.


Walaupun letih, tapi semua terhibur dan gembira kerana semuanya berjalan lancar. Pada hari ketiga, kami mengadakan aktivti kemasyarakatan seperti gotong-royong mengemaskan masjid dan memasak. Pada sebelah malam pula, kami anjurkan satu kenduri sebagai tanda penghargaan kami kepada penduduk kampung. Seekor lembu ditumbangkan. Makanan popular Pahang, ikan patin masak tempoyak juga turut disajikan pada malam itu.

Ramai penduduk kampung turun membantu kami memasak. Yang palin penting adalah kami dapat belajar beberapa perkara dari aktiviti ini. Keakraban antara pelatih sendiri semakin erat.







Penduduk kampung yang turut memabantu.


Program derma darah.


Pada sebelah petang, kami turut menganjurkan pertandingan memancing. Ramai penduduk kampung yang datang menyertai pertandingan ini. Hadiah berupa wang tunai dan hamper kepada pemenang. Pertandingan pancing ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pancing moden dan tradisional. Kategori pancing tradisional adalah joran yang diperbuat daripada buluh.


Peserta pertandingan memancing.


Pemenang menerima hadiah.


Penduduk kampung menyediakan jamuan kecil.


Pada hari terakhir, kami telah bersama-sama mengadakan lawatan ke ladang nenas. Banyak maklumat dan penerangan yang diberikan oleh pegawai disitu. Nenas-nenas ini bukan sahaja dijual malah dijadikan kajian untuk membuat jus dan sebagainya. Pelatih tidak terlepas peluang membeli nenas untuk dihadiahkan kepada ibu bapa angkat mereka.


Timbalan Komandan, Tuan Haji Mustapha dan jurulatih.


Pelatih dan keluarga angkat.


Mendengar taklimat dari pegawai.


Memilih nenas untuk dibawa pulang.