Pertauliahan Batch 1 Kor SUKSIS UMP



Seramai 25 orang anggota SUKSIS telah ditamatkan pengajian sebagai pelatih Kor SUKSIS dan dinobatkan sebagai Pegawai Polis yang diberi gelaran Inspektor (Insp).

Latihan intensif telah dijalankan selama 2 minggu bermula 6/6/2010-16/6/2010 di Universiti Malaya.

Pelatih Terbaik: Mohd Sani bin Idris
Pelatih Latihan Luar Terbaik: Muhamad Nazumi bin Basuki
Pelatih Akademik Terbaik: Izyan Zainal

Barisan pemerhati pula terdiri daripada anggota Tahap 2 dan 3.

Di samping latihan yang mencabar dari segi minda dan mental, anggota tauliah ini juga merehatkan diri mereka dengan Majlis Kenduri Kahwin keluarga salah seorang pelatih dan mandi-manda di Sg Congkak, Ulu Selangor.
Jamuan selepas tauliah
Jalan-jalan di i-city
Kenduri Kahwin keluarga salah seorang anggota
Mandi manda di Ulu Selangor

Semoga pertauliahan kali ini membakar semangat adik-adik SUKSIS yang lain untuk terus bersama Kor SUKSIS.
Kepada Pegawai Tauliah, TAHNIAH di atas pencapaian anda dan moga tidak akan meninggalkan KOR SUKSIS.

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan

Sepanjang Bulan Ramadhan ini, Kor Suksis UMP telah mengehadkan latihan kawalan kehormatan sebagai persiapan Majlis Konvokesyen nanti. Latihan kawad telah digantikan dengan kelas-kelas musketry dan undang-undang, di samping Majlis Berbuka Puasa di Kem Bina Negara Bukit Sagu dan Pelancaran Ops Sikap di Tol Gambang. (Maaf tiada gambar)

Semoga tempoh 'rehat' selama sebulan ini dapat menjana tenaga anggota agar dapat memberikan komitmen penuh dalam latihan kawalan kehormatan.

Dengan ini, saya mewakili Kor SUKSIS UMP, ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI 2 MINGGU & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua anggota KOR SUKSIS MALAYSIA!!


Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53

Pada 31 Ogos 2010, Kor SUKSIS UMP telah menghadirkan diri dalam Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan.

 Anggota Kor SUKSIS UMP yang menyertai Hari Kemerdekaan ke-53

Seramai 3,060 peserta dari 51 kontinjen yang terdiri dari jabatan kerajaan, swasta, sekolah-sekolah serta IPT turut menyertai sambutan tersebut. Acara ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan memeriksa kawalan kehormatan dari Regimen Askar Melayu diRaja.

 Kawalan Kehormatan Regimen Askar Melayu DiRaja

Nyanyian lagu Negeri Pahang, Negaraku, 1 Malaysia serta Jalur Gemilang turut memeriahkan suasana sambutan. Persembahan dari  500 pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Kuantan membentuk Simfoni Pergendangan 1Malaysia dan grafik 1Malaysia serta pidato bertajuk "Gagasan 1Malaysia Menjana Tranfomasi" juga turut diselitkan.

 Grafik 1 Malaysia oleh  pelajar sekolah.

Diharapkan sambutan kemerdekaan kali ini dapat dihayati dan dihargai oleh setiap warganegara Malaysia khususnya anggota-anggota Kor SUKSIS bagi mengekalkan usaha para pejuang negara dalam usaha memerdekakan Malaysia. Tanpa semangat perpaduan dan hormat-menghormati antara kaum, pasti keselamatan dan kemakmuran negara akan tergugat.
 




" Kemerdekaan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan orang terdahulu. Maka kenanglah setiap titis darah pejuang yang menyembah bumi, hargailah keringat setiap pemipin yang mengalir dan sanjungilah usaha dan kepayahan nenek-moyang kita yang berjuang untuk kesenangan kita hari ini. "


Oleh: KS52119 Shafiqah Sholehuddin.