Syabas PDRM !!!

SEMUA guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di Muar, hari ini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Anggota polis melepaskan sedas tembakan dan menyerbu masuk tadika untuk menyelamatkan empat guru dan kira-kira 30 murid yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjata parang .

Syabas, PDRM !!! 

sumber: berita harian

Ekspedisi Gunung Berembun

TERENGGANU, 13 Mei– Skuad 2 Kor SUKSIS UMP telah memulakan cabaran untuk mendaki gunung Berembun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan  pelatih Kor SUKSIS UMP berkonsepkan 1 Malaysia.

Ekspedisi Gunung Chemerong-Berembun ini bermula pada 13 Mei dan berakhir pada 18 Mei 2011. Turut serta ekspedisi ini adalah para jurulatih serta seorang pemandu arah (guide). Secara ringkasnya Hutan Lipur Chemerong yang terletak di daerah Dungun di Terengganu Darul Iman ini adalah di bawah jagaan dan seliaan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Ia merangkumi beberapa buah gunung antaranya Gunung Berembun, Gunung Chemerong dan Gunung Mandi Angin. Namun demikian, destinasi program ini hanyalah untuk menawan Gunung Berembun, Gunung Chemerung dan Air Terjun Lansir.

Sebelum pendakian, kami telah mendirikan khemah di Hutan Lipur Chemerong. Keesokannya kami mula mendaki pada pukul 8.30 pagi dengan bantuan pemandu arah dan lebih kurang dua jam selamat tiba di Kem Balak yang merupakan transit sebelum ke puncak. Kami telah mendirikan khemah dan bermalam di sana. Perjalan diteruskan pada keesokkan harinya, lewat tengah hari kami akhirnya berjaya menawan Gunung Berembun. Kami berada di puncak selama satu jam untuk menikmati keindahan panorama alam dari atas gunung sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Lansir dan bermalam di khemah yang telah didirikan. Kami tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di Air terjun Lansir yang mempunyai air yang sangat jernih serta landskap yang menarik.


*dimulakan dengan bacaan doa sebelum mula mendaki

*para pelatih mula mengambil beg masing-masing

*berhati-hati ketika miniti titi

*mendirikan khemah di Kem Balak sebelum meneruskan pendakian


*pendakian diteruskan

*setiap halangan dihadapi dengan penuh sabar

*menerapkan semangat tolong-menolong

*kami semakin hampir ke puncak


*ketika di puncak

*terdapat banyak pokok-pokok bonsai di puncak gunung


*Gunung Berembun telah berjaya kami tawan !!!

*meneruskan perjalanan ke Air terjun Lansir

*pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan kami ke Air Terjun Lansir

*kami dipuncak Air Terjun Lansir


*pemandangan di air terjun ketika malam


Pada keesokkan paginya, kami meneruskan perjalanan untuk turun ke Hutan Lipur Chemerong semula. Lewat tengah hari kami sampai ke Kem Balak. Setelah berehat sebentar dan makan tengah hari, kami meneruskan kembali perjalanan. kami sampai di Hutan Lipur Chemerong pada lewat petang. Semua pelatih Kor SUKSIS UMP selamat sampai walaupun ada dalam kalangan kami yang cedera. Ekspedisi kali ini benar-benar menguji minda dan stamina kami. Di samping memupuk kecintaan kepada aktiviti lasak yang sihat, ia juga merapatkan lagi hubungan antara kami termasuk dengan para jurulatih yang menjadi pengiring.

*senaman regangan sebelum turun ke Hutan Lipur Chemerong

*terima kasih kepada para jurulatih kami

*Gunung Berembun yang berjaya kami tawan

*bergambar sebelum pulang ke UMP

Sebelum pulang ke Universiti Malaysia Pahang, kami telah bermalam sekali lagi di Hutan Lipur Chemerong. bagi meraikan kejayaan kami menawan Gunung Berembun tersebut, kami telah mengadakan sedikit jamuan (aktiviti BBQ).


penulis: peeka syuhada
09 Jun 2011

Majlis Pemakaian Pangkat Komandan Kor SUKSIS & Perasmian Pejabat Kor SUKSIS UMP

KUANTAN, PAHANG – Majlis Pemakaian Pangkat Komandan dan Perasmian Pejabat Kor SUKSIS, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diadakan pada Rabu, 11 Mei 2010.

Majlis yang diadakan di Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang itu bertujuan untuk mengiktiraf komandan baru di samping merasmikan pejabat Kor SUKSIS UMP.

Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang (JHEPA), Profesor Dr. Yuserrie Bin Zainuddin telah dianugerahkan dengan pangkat Komandan Kor Suksis UMP selepas Komandan yang sebelum ini bersara, Profesor Dr. Abdul Jalil Bin Borham.

Upacara perasmian dan pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Sharifuddin Bin Abdul Ghani.

Ketibaan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Sharifuddin Bin Abdul Ghani.


Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Sharifuddin Bin Abdul Ghani, menandatangani plak perasmian Pejabat Kor SUKSIS UMP.

Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Sharifuddin Bin Abdul Ghani, menandatangani buku pelawat di pejabat Kor SUKSIS UMP.

Tetamu kehormat berjalan menuju ke astaka.

Ucapan oleh Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Sharifuddin Bin Abdul Ghani .


Pengarah Pusat Kokurikulum, En. Ramlee bin Abid, bersama pegawai PDRM yang hadir.

Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Sharifuddin Bin Abdul Ghani, menyematkan pangkat kepada Profesor Dr. Yuserrie Bin Zainuddin.


Penyerahan tongkat kuasa oleh Profesor Dr. Abdul Jalil Bin Borham kepada Profesor Dr. Yuserrie Bin Zainuddin.









Semoga Kor SUKSIS UMP terus cemerlang, gemilang dan terbilang.