Menembak siri 2011/ 2012



Pada 3 November 2012, Kor Suksis UMP siri 2011/2012  telah mengadakan latihan menembak di Kem PGA Kuantan,Pahang. Latihan ini telah disertai oleh anggota tahap tiga seramai 49 anggota manakala tahap dua seramai 60 anggota. Bagi tahap tiga, mereka telah menembak sasaran sejauh 100 meter dengan menggunakan senapang M16 dan menembak menggunakan Revolver sejauh 10 meter.  Bagi tahap dua pula, mereka hanya menembak sasaran dengan menggunakan Revolver. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi jadual latihan yang telah disediakan. Markah yang telah dikumpul akan dikira sehingga tamat latihan dan anggota terbaik akan dipilih berdasarkan markah yang telah dikumpul.

 




Kursus Asas Renang di Pusat Latihan APMM



Bismillahirahmanirahim,
 alhamdulilah, dengan izin ALLAH s.w.t. satu latihan (kursus asas renang) bertempat di pusat latihan Agensi Penguatkusa Maritim Malaysia( APMM) 18 jun sehingga 22 jun 2012 berjaya kami semua hadapi dengan jiwa dan semangat yang tinggi. tidak akan Berjaya satu aktiviti itu tanpa kerjasama semua pihak. Dengan ini, setinggi dan sekalung tahniah serta ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada jurulatih dari UMP, pusat latihan APMM dan sahabat2 sekalian dalam menjayakan satu latihan yang juga modul latihan tahunan. Disini, tidak ada pangkat mahupun darjat yang dipegang kerana semua sama dalam latihan yang memupuk semangat kerjasama. dipenghujung kata ini, tidak akan ada pengakhiran tanpa adnya permulaan.

Manis air kerana gulanya,
Manis mulut kerana bicaranya,
Manis pesahabatan kerana pergaulannya,
Sekian.





Let's begin..

 



from youtube :)




Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA SeMalaysia Kali Ke-8 2012

14 JULAI 2011- Seramai 957 pelatih Kor SUKSIS daripada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA SeMalaysia Kali Ke-8 2012 di Universiti Malaysia Sarawak. Perbarisan Tamat Latihan Kor SUKSIS ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Seramai 54 anggota kor-suksis Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah ditauliahkan. Setiap IPTA terlibat akan memilih tiga anggota terbaik bagi anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Terbaik Akademik dan Pelatih Terbaik Luar. Berikut adalah nama pelatih-pelatih terbaik Kor SUKSIS UMP. 

Pelatih Terbaik Keseluruhan: Wan Mohd Syazwan Bin Wan Abdullah 
Pelatih Terbaik Akademik: Anis Shafika Binti Muhamad Adilah 
Pelatih Terbaik Latihan Luar: Zulfadly Syazwan Bin Zolkhair 

Pelatih-pelatih Kor SUKSIS UMP bersama pegawai penyelaras dan para jurulatih bertolak ke Kuching dari LCCT pada jam 9:30 pagi.


*di pekarangan LCCT
*menunggu flight ke Kuching

Hari kedua di UNIMAS, semua pelatih serta jurulatih keluar ke Kuching untuk membeli barang-barang keperluan.

*di pekarangan UNIMAS
*Sarawak Plaza

Pada hari pertama latihan, ramai pelatih yang tumbang. Namun, sedikit pun tidak menggoyahkan kami Detachment 10 untuk menjadi detachment terbaik dalam kalangan terbaik. Detachment 10 terdiri daripada pelatih Kor SUKSIS UMP dan juga UMS yang dilatih oleh JL PULAPOL Encik Jeffrey.


*berehat di pekarangan padang kawat

*Detachment 10 (UMP & UMS)

*Detachment 10

*Detachment 10

*Kawalan Kehormatan

*Gagah di padang kawat

*bersama jurulatih dari PULAPOL

*di dalam dewan Unimas untuk Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan

*di pekarangan dewan

Alhamdulillah, selama 3 tahun latihan akhirnya kami ditauliahkan sebagai Inspektor KS. Kami diraikan dengan majlis makan malam bersama KPN pada malam tersebut.

*menu makan malam

*bersama Encik Jeffrey (Jurulatih PULAPOL)

*SUKSIS UMP

*SUKSIS UMP

*chandelier

*bersama Tuan Samad (Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UMP)

*bersama JL PULAPOL SM Saram

* Encik Rahim, The Amateur Photographer :p 

Sebelum bertolak pulang ke semenanjung, kami bersempatan untuk bersiar-siar melawat ke tempat yang menarik di Sarawak. Antaranya kami sempat berkunjung ke Pasar Serikin, Pasar Satok, Indian Street dan Kuching Waterfront Bazaar.


*Pasar Serikin

*pilih cenderamata untuk di bawa pulang

*walaupun hujan, kami tetap 'semangat' bersiar-siar di Pasar Serikin

*Pasar Satok

*kami beli ikan terubok masin untuk mak . :p

*jibah: pakcik, ikan yg tu.. 3 ekor!
*kina: wooo...

*Ikan terubuk masin Andy

*ikan terubuk masin yang popular di sarawak

*Penggemar ikan terubuk masin . :p

*India Street

*Kuching Waterfront Bazaar

*Sarawak River Cruise

*Ops mencari kek lapis



*kek lapis Dayang Salhah

*tester pun dah buat kami kenyang
  
*Kek Lapis Mission done! :p

Till then . Salamunalaik .