Kursus Renang SUKSIS 2010


Tempat: 
Kompleks Sukan Belia, Kuantan Pahang

Tarikh:
29 November - 2 Disember 2010


Pada cuti semester sesi 2010/2011 kali ini, skuad intermediate dan senior telah menjalani Kursus Renang di Kompleks Belia Kuantan. Kursus ini dijalankan selama 4 hari dan dihadiri oleh 83 anggota.






Pada hari pertama, para pelatih didedahkan dengan latihan asas renang. Pelatih dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diajar untuk mengapungkan diri, pernafasan serta pergerakan di dalam air. 

Latihan renang diteruskan pada hari kedua. Pelatih diberi peluang untuk mencuba pelbagai jenis kedalaman kolam seperti 5 meter, 6 meter, 7 meter dan 16 meter. Pelatih juga mendapat peluang untuk mengguna papan anjal. 
Pada hari ketiga pula, pelatih didedahkan dengan teknik menyelamatkan mangsa lemas dan bantuan kecemasan kepda mangsa lemas. Pelatih juga diajar dengan teknik melepaskan diri dari genggaman mangsa lemas. Ilmu sebegini ternyata amat berguna sebagai bekalan pada masa hadapan.





Sesungguhnya jurulatih dari Majlis Perbandaran Kuantan sangat sabar dalam mendidik setiap seorang pelatih untuk berenang. Pengalaman ini merupakan ilmu yang penting dalam memastikan semua pelatih SUKSIS mempunyai kemahiran yang pelbagai dan mempunyai daya ketahanan fizikal serta mental yang kuat. 




Diharapkan dengan kejayaan latihan renang yang pertama kali diadakan ini membolehkan kursus renang ini dijadikan latihan wajib untuk semua pelatih Kor SUKSIS UMP di masa hadapan.


1 comment:

rasyidah zamri said...

Assalam.sy ingin bertanya berkenaan kursus ni.. Kalau individu tu x tau berenang, agak2 dapat x dia berjaya mengapungkan diri? Huhu saya x reti berenang