Kursus Asas Renang di Pusat Latihan APMM



Bismillahirahmanirahim,
 alhamdulilah, dengan izin ALLAH s.w.t. satu latihan (kursus asas renang) bertempat di pusat latihan Agensi Penguatkusa Maritim Malaysia( APMM) 18 jun sehingga 22 jun 2012 berjaya kami semua hadapi dengan jiwa dan semangat yang tinggi. tidak akan Berjaya satu aktiviti itu tanpa kerjasama semua pihak. Dengan ini, setinggi dan sekalung tahniah serta ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada jurulatih dari UMP, pusat latihan APMM dan sahabat2 sekalian dalam menjayakan satu latihan yang juga modul latihan tahunan. Disini, tidak ada pangkat mahupun darjat yang dipegang kerana semua sama dalam latihan yang memupuk semangat kerjasama. dipenghujung kata ini, tidak akan ada pengakhiran tanpa adnya permulaan.

Manis air kerana gulanya,
Manis mulut kerana bicaranya,
Manis pesahabatan kerana pergaulannya,
Sekian.





Let's begin..

video 



from youtube :)




Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA SeMalaysia Kali Ke-8 2012

14 JULAI 2011- Seramai 957 pelatih Kor SUKSIS daripada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA SeMalaysia Kali Ke-8 2012 di Universiti Malaysia Sarawak. Perbarisan Tamat Latihan Kor SUKSIS ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Seramai 54 anggota kor-suksis Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah ditauliahkan. Setiap IPTA terlibat akan memilih tiga anggota terbaik bagi anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Terbaik Akademik dan Pelatih Terbaik Luar. Berikut adalah nama pelatih-pelatih terbaik Kor SUKSIS UMP. 

Pelatih Terbaik Keseluruhan: Wan Mohd Syazwan Bin Wan Abdullah 
Pelatih Terbaik Akademik: Anis Shafika Binti Muhamad Adilah 
Pelatih Terbaik Latihan Luar: Zulfadly Syazwan Bin Zolkhair 

Pelatih-pelatih Kor SUKSIS UMP bersama pegawai penyelaras dan para jurulatih bertolak ke Kuching dari LCCT pada jam 9:30 pagi.


*di pekarangan LCCT
*menunggu flight ke Kuching

Hari kedua di UNIMAS, semua pelatih serta jurulatih keluar ke Kuching untuk membeli barang-barang keperluan.

*di pekarangan UNIMAS
*Sarawak Plaza

Pada hari pertama latihan, ramai pelatih yang tumbang. Namun, sedikit pun tidak menggoyahkan kami Detachment 10 untuk menjadi detachment terbaik dalam kalangan terbaik. Detachment 10 terdiri daripada pelatih Kor SUKSIS UMP dan juga UMS yang dilatih oleh JL PULAPOL Encik Jeffrey.


*berehat di pekarangan padang kawat

*Detachment 10 (UMP & UMS)

*Detachment 10

*Detachment 10

*Kawalan Kehormatan

*Gagah di padang kawat

*bersama jurulatih dari PULAPOL

*di dalam dewan Unimas untuk Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan

*di pekarangan dewan

Alhamdulillah, selama 3 tahun latihan akhirnya kami ditauliahkan sebagai Inspektor KS. Kami diraikan dengan majlis makan malam bersama KPN pada malam tersebut.

*menu makan malam

*bersama Encik Jeffrey (Jurulatih PULAPOL)

*SUKSIS UMP

*SUKSIS UMP

*chandelier

*bersama Tuan Samad (Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UMP)

*bersama JL PULAPOL SM Saram

* Encik Rahim, The Amateur Photographer :p 

Sebelum bertolak pulang ke semenanjung, kami bersempatan untuk bersiar-siar melawat ke tempat yang menarik di Sarawak. Antaranya kami sempat berkunjung ke Pasar Serikin, Pasar Satok, Indian Street dan Kuching Waterfront Bazaar.


*Pasar Serikin

*pilih cenderamata untuk di bawa pulang

*walaupun hujan, kami tetap 'semangat' bersiar-siar di Pasar Serikin

*Pasar Satok

*kami beli ikan terubok masin untuk mak . :p

*jibah: pakcik, ikan yg tu.. 3 ekor!
*kina: wooo...

*Ikan terubuk masin Andy

*ikan terubuk masin yang popular di sarawak

*Penggemar ikan terubuk masin . :p

*India Street

*Kuching Waterfront Bazaar

*Sarawak River Cruise

*Ops mencari kek lapis



*kek lapis Dayang Salhah

*tester pun dah buat kami kenyang
  
*Kek Lapis Mission done! :p

Till then . Salamunalaik .



Latihan Seni Mempertahankan Diri

Seni mempertahankan diri sememangnya antara kemahiran yang memang perlu ada dalam setiap anggota Polis, justeru itu anggota Kor SUKSIS UMP tahap 1 dan tahap 2 telah menjalani latihan Karate selama dua hari bersama Encik Samean bin Wahab dan Encik Hanafi bin Ahmad.

Selama dua hari tersebut banyak teknik yang telah kami pelajari. Antaranya adalah Kata. Kata bermakna  "bentuk" atau "model." Kata adalah urutan  pergerakan yang mewakili pelbagai postur serangan dan pertahanan. Postur ini adalah berdasarkan penggunaan pertempuran yang ideal.

Beberapa teknik yang diajar dalam Bahasa Jepun agak mencabar, namun berkat usaha jurulatih, kesemua anggota Kor SUKSIS yang menyertai dapat melakukan seni mempertahankan diri tersebut dengan baik. Diharap jurulatih yang di-import khas dari Kem Bridget  Tenggara, Galing dapat kembali untuk mengajar lagi .
 




Perlawanan Bola Jaring Anjuran KK1 UMP

Pada 21 & 22 April 2012, anggota Kor SUKSIS wanita telah menyertai perlawanan Bola Jaring yang telah dianjurkan oleh AJK Kolej Kediaman 1 dimana sebanyak sembilan kumpulan telah bertempur. Kor SUKSIS sendiri telah menghantar penyertaan sebanyak dua kumpulan yang dianggotai oleh Tahap 1, 2, 3 dan juga pegawai yang telah ditauliahkan.

Alhamdullillah, bagi sesi pertama iaitu minggu pertama , dua kumpulan Kor SUKSIS telah mendahului kumpulan kumpulan yang lain dimana tempat pertama telah dimenangi oleh SUKSIS 1 manakala tempat kedua telah dimenangi SUKSIS 2.
 
gelanggang bola jaring yang baru dibina di belakang Kolej Kediaman 1


kumpulan SUKSIS 1

anggota Kor SUKSIS yang menyertai perlawanan

bersama pihak lawan

SUKSIS 1 memenangi perlawanan 5-4


bersama pegawai yang telah ditauliahkan , Puan Siti Syazwani Razi

bersama para penyokong

gelanggang perlawanan
dengan adanya sokongan, pemain akan menjadi lebih bersemangat, jadi pada perlawanan yang akan berlansung pada hari Sabtu dan Ahad minggu hadapan , akan ada lebih ramai yang hadir untuk memberikan semangat. akhir kata , MAJULAH SUKAN UNTUK SUKSIS.