Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA SeMalaysia Kali Ke-8 2012

14 JULAI 2011- Seramai 957 pelatih Kor SUKSIS daripada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA SeMalaysia Kali Ke-8 2012 di Universiti Malaysia Sarawak. Perbarisan Tamat Latihan Kor SUKSIS ini dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Seramai 54 anggota kor-suksis Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah ditauliahkan. Setiap IPTA terlibat akan memilih tiga anggota terbaik bagi anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Terbaik Akademik dan Pelatih Terbaik Luar. Berikut adalah nama pelatih-pelatih terbaik Kor SUKSIS UMP. 

Pelatih Terbaik Keseluruhan: Wan Mohd Syazwan Bin Wan Abdullah 
Pelatih Terbaik Akademik: Anis Shafika Binti Muhamad Adilah 
Pelatih Terbaik Latihan Luar: Zulfadly Syazwan Bin Zolkhair 

Pelatih-pelatih Kor SUKSIS UMP bersama pegawai penyelaras dan para jurulatih bertolak ke Kuching dari LCCT pada jam 9:30 pagi.


*di pekarangan LCCT
*menunggu flight ke Kuching

Hari kedua di UNIMAS, semua pelatih serta jurulatih keluar ke Kuching untuk membeli barang-barang keperluan.

*di pekarangan UNIMAS
*Sarawak Plaza

Pada hari pertama latihan, ramai pelatih yang tumbang. Namun, sedikit pun tidak menggoyahkan kami Detachment 10 untuk menjadi detachment terbaik dalam kalangan terbaik. Detachment 10 terdiri daripada pelatih Kor SUKSIS UMP dan juga UMS yang dilatih oleh JL PULAPOL Encik Jeffrey.


*berehat di pekarangan padang kawat

*Detachment 10 (UMP & UMS)

*Detachment 10

*Detachment 10

*Kawalan Kehormatan

*Gagah di padang kawat

*bersama jurulatih dari PULAPOL

*di dalam dewan Unimas untuk Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan

*di pekarangan dewan

Alhamdulillah, selama 3 tahun latihan akhirnya kami ditauliahkan sebagai Inspektor KS. Kami diraikan dengan majlis makan malam bersama KPN pada malam tersebut.

*menu makan malam

*bersama Encik Jeffrey (Jurulatih PULAPOL)

*SUKSIS UMP

*SUKSIS UMP

*chandelier

*bersama Tuan Samad (Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UMP)

*bersama JL PULAPOL SM Saram

* Encik Rahim, The Amateur Photographer :p 

Sebelum bertolak pulang ke semenanjung, kami bersempatan untuk bersiar-siar melawat ke tempat yang menarik di Sarawak. Antaranya kami sempat berkunjung ke Pasar Serikin, Pasar Satok, Indian Street dan Kuching Waterfront Bazaar.


*Pasar Serikin

*pilih cenderamata untuk di bawa pulang

*walaupun hujan, kami tetap 'semangat' bersiar-siar di Pasar Serikin

*Pasar Satok

*kami beli ikan terubok masin untuk mak . :p

*jibah: pakcik, ikan yg tu.. 3 ekor!
*kina: wooo...

*Ikan terubuk masin Andy

*ikan terubuk masin yang popular di sarawak

*Penggemar ikan terubuk masin . :p

*India Street

*Kuching Waterfront Bazaar

*Sarawak River Cruise

*Ops mencari kek lapis



*kek lapis Dayang Salhah

*tester pun dah buat kami kenyang
  
*Kek Lapis Mission done! :p

Till then . Salamunalaik .



1 comment:

mulut murai said...

best ni, kenangan terindah, hehe