Menembak siri 2011/ 2012



Pada 3 November 2012, Kor Suksis UMP siri 2011/2012  telah mengadakan latihan menembak di Kem PGA Kuantan,Pahang. Latihan ini telah disertai oleh anggota tahap tiga seramai 49 anggota manakala tahap dua seramai 60 anggota. Bagi tahap tiga, mereka telah menembak sasaran sejauh 100 meter dengan menggunakan senapang M16 dan menembak menggunakan Revolver sejauh 10 meter.  Bagi tahap dua pula, mereka hanya menembak sasaran dengan menggunakan Revolver. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi jadual latihan yang telah disediakan. Markah yang telah dikumpul akan dikira sehingga tamat latihan dan anggota terbaik akan dipilih berdasarkan markah yang telah dikumpul.

 




No comments: