Majlis Ramah Mesra 1 SUKSIS

Tarikh: 07-08 Ogos 2010
Acara: Majlis Ramah Mesra 1 SUKSIS

ICE BREAKING ; 07/08/2010 ; 2100


Program 'Ice Breaking' bermula pada jam 9 malam, anggota dikehendaki hadir pada jam 8.30 malam untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti telah diajalankan pada malam tersebut, termasuklah LDK ; modul daripada Tuan Taqiuddin Tabarani , Insp Kor SUKSIS UMP. Kumpulan LDK tersebut terdiri daripada anggota Kor SUKSIS skuad 1, 2 dan 3 . Dengan program ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kerjasama antara semua anggota walaupun berlainan tahap selari dengan objektif Majlis Ramah Mesra 1 Suksis. Sedikit kata-kata aluan serta ucapan telah diberikan oleh pengarah program ; Wan Mohd Syazwan B Wan Abdullah dan sedikit pengenalan tentang sejarah Kor Suksis oleh Shyamir Amar. Program 'Ice Breaking' diakhiri dengan sedikit jamuan.


SENAMROBIK ; 08/08/2010 ; 0700

Acara senamrobik bermula pada jam 7 pagi hingga 9 pagi, telah dikendalikan oleh jurulatih Kor Suksis sendiri.


SUKANEKA ; 08/08/10 ; 0900


Acara sukaneka telah bermula pada jam 10 pagi. Pelbagai acara menarik telah dijalankan seperti isi air dalam botol, bowling padang, anyam ketupat dan sebagainya. Acara ini berakhir pada jam 12 tengahari.


LDK, MAJLIS PENUTUP ; 08/08/2010 ; 1400

Program ini diteruskan dengan LDK. Walaupun hanya dua hari, program ini telah menampakkan keserasian dan kemesraan antara semua skuad.  Terima kasih kepada semua para Insp Kor Suksis UMP yang turut membantu menjalankan program LDK ini.

Upacara penutup berlansung tepat pada jam 5 petang. Turut hadir pada majlis tersebut, Tuan Abdul Samad B Othman selaku penasihat program ini dan juga para pegawai kehormat Kor SUKSIS UMP. Upacara penutup diakhiri dengan sedikit jamuan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua AJK induk yang telah berkerja keras untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada semua Insp Kor SUKSIS, para jurulatih dan juga anggota Kor SUKSIS sendiri yang telah sama-sama hadir pada majlis tersebut.

Sekian. Salamunalaikum wbt & Marhaban Ya Ramadan.   (><,)

No comments: