Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53

Pada 31 Ogos 2010, Kor SUKSIS UMP telah menghadirkan diri dalam Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-53 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan.

 Anggota Kor SUKSIS UMP yang menyertai Hari Kemerdekaan ke-53

Seramai 3,060 peserta dari 51 kontinjen yang terdiri dari jabatan kerajaan, swasta, sekolah-sekolah serta IPT turut menyertai sambutan tersebut. Acara ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan memeriksa kawalan kehormatan dari Regimen Askar Melayu diRaja.

 Kawalan Kehormatan Regimen Askar Melayu DiRaja

Nyanyian lagu Negeri Pahang, Negaraku, 1 Malaysia serta Jalur Gemilang turut memeriahkan suasana sambutan. Persembahan dari  500 pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Kuantan membentuk Simfoni Pergendangan 1Malaysia dan grafik 1Malaysia serta pidato bertajuk "Gagasan 1Malaysia Menjana Tranfomasi" juga turut diselitkan.

 Grafik 1 Malaysia oleh  pelajar sekolah.

Diharapkan sambutan kemerdekaan kali ini dapat dihayati dan dihargai oleh setiap warganegara Malaysia khususnya anggota-anggota Kor SUKSIS bagi mengekalkan usaha para pejuang negara dalam usaha memerdekakan Malaysia. Tanpa semangat perpaduan dan hormat-menghormati antara kaum, pasti keselamatan dan kemakmuran negara akan tergugat.
 




" Kemerdekaan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan orang terdahulu. Maka kenanglah setiap titis darah pejuang yang menyembah bumi, hargailah keringat setiap pemipin yang mengalir dan sanjungilah usaha dan kepayahan nenek-moyang kita yang berjuang untuk kesenangan kita hari ini. "


Oleh: KS52119 Shafiqah Sholehuddin.

1 comment:

RiNie_chiRpy said...

semangat sygkn negara berkobar-kobar wktu ni..lg2 time nyanyi lagu2 patriotik..naik bulu roma aku..haha
suksis mmg ptut sgt2 hadir mjlis2 gini supaya ad rse sygkn nagara dan ingin mnjaga keamanan negara dgn ikhlas..insyaAllah..