Delegasi Ilmu Suksis UMP & Suksis UPSI

Pada minggu yang lepas, Kor Suksis UMP telah mengadakan sebuah program  bersama-sama dengan Kor Suksis UPSI . Program tersebut yang dinamakan ‘Program Delegasi Ilmu’ telah berlansung selama 2 hari, iaitu pada hari sabtu dan ahad (9/10 April 2011) . seramai 250 orang peserta termasuk jurulatih, pegawai penyelaras dan pegawai kehormat telah bersama-sama memeriahkan majlis tersebut . Syukur ke hadrat Ilahi kerana program tesebut dapat berjalan dengan baik dan lancar. setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua AJK pelaksana program samaada dari Kor Suksis UMP mahupun UPSI yang bertungkus-lumus menjalankan kerja masing-masing bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. 




rombongan dari UPSI telah sampai ke UMP pada jam 1100 p.m dan telah disambut sendiri oleh anggota Kor Suksis UMP. berikut adalah antara program yang telah dijalankan:-


SABTU (9 APRIL 2011)

Senaman pagi
walaupun lewat malam Suksis UPSI sampai ke UMP, namun mereka masih lagi bertenaga untuk menyertai acara yang pertama iaitu senamrobik.

Program Bicara Suksis
program 'Bicara Suksis' telah diadakan di dewan mekanikal, kampus UMP, Pekan . setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Ramle kerana sudi memberi taklimat ringkas pada hari tersebut. program tersebut turut diselitkan dengan pertunjukan montaj dari kedua-dua belah pihak . 

Sukaneka persahabatan
selesai sahaja program 'Bicara Suksis' kami bertolak ke Kem Desa Chempaka, Pantai Sepat untuk aktiviti sukaneka . 




pada sebelah malam, setelah selesai solat magreb kami telah berkumpul sekali lagi di pnatai sepat untuk bbq dan juga karoke . aktiviti di pantai sepat berakhir dengan upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka yang diadakan petang tadi . tahniah buat yang berjaya .


AHAD (10 APRIL 2011)

jam 7.00 pagi kami telah bergerak ke Bukit Pelindung, Kuantan untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti mara lasak yang bermula dari Bukit Pelindung dan berakhir di Teluk Cempedak. selesai aktiviti dan makan tengahari, kesemua anggota Kor Suksis pulang ke UMP . pada sebelah petang, kesemua anggota Kor Suksis berkumpul buat kali terakhir sebelum Kor Suksis UPSI berlepas pulang ke UPSI.

semoga hubungan silaturahim antara Kor Suksis UMP dan Kor Suksis UPSI berkekalan sampai bila-bila . InsyaAllah, akan ada lawatan balas dari Kor Suksis UMP ke UPSI pulak . 

till then . salamunalaikum wbt .











1 comment:

Si Sejuk said...

nice job peeka..rajin update lg tau..masuk gmbr bnyk2.. baru masyuk.. ngee~~