Lawatan YAB Perdana Menteri Ke Kampus Pekan, UMP.


2011/03/12 , Sabtu .

Kampus Pekan Universiti Malaysia Pahang telah menerima lawatan dari YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Lawatan selama 2 jam di kampus Pekan tersebut telah disambut oleh pelbagai golongan masyarakat. Pasukan Kor Suksis UMP turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Kami telah bertolak dari kampus Gambang, UMP pada pukul 7.30 pagi. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalannya, Datuk Shaifuddin Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Dalam lawatan dari jam 11.30 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan untuk meninjau pembanggunan UMP Pekan yang mula beroperasi pada 27 julai 2009 dengan berpindahnya seramai 2, 480 pelajar dan 263 staf yang sebelum ini menetap di kampus sementaranya di Gambang.

Penulis telah tertarik dengan kata YAB mengenai isu warga akademik yang terlibat dalam politik. Beliau meminta agar warga akedemik di setiap IPT tidak terlalu asyik berpolitik termasuk mengejar jawatan tinggi sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik dan membentuk modal insan berkualiti. Disamping itu, YAB juga mencadangkan UMP menjadi univerisiti teknikal dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada disiplin.


*source: Berita Harian


Pada hari tersebut, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP yang dibangunkan bersama anak syarikat UMP sendiri, UMP Green Technology Sdn Bhd bersama Urban Environment Industries Sdn Bhd. Projek tersebut membabitkan pembanggunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai.

Lawatan tesebut berakhir pada jam 1 petang. Sebelum pulang, kami telah dijemput menikmati makanan tengahhari yang telah disediakan oleh pihak UMP.











1 Malaysia, 1 Hati, 1 Jiwa 

till then, salamunalaikum .

No comments: