Kawalan Kehormatan Sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP

Selaku meneruskan tradisi kawalan kehormatan sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP, Kor SUKSIS sekali lagi diberi tanggungjawab besar untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan kepada K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang pada 1 Oktober 2011 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan UMP.

Anggota Kawalan Kehormatan terdiri daripada 53 anggota Tahap II dan Tahap III termasuk 2 pegawai baris, INSP/KS MUHAMAD SHYAMIR AL AMAR B. MUHAMAD TOBIB dan INSP/KS MUHAMMAD KHIR B. TAJUL ARIFFIN.

Perbarisan menunggu ketibaan K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang .



Anggota Pasukan Pancaragam PDRM turut memeriahkan Kawalan Kehormatan .

Kata-kata semangat dari jurulatih IPK Pahang .

Sewaktu K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang  memeriksa baris.

Barisan anggota perbarisan bersama para jurulatih. 
Berbekalkan semangat yang tidak pernah luntur dek panasnya cahaya matahari , persembahan Kawalan Kehormatan oleh Kor SUKSIS diberi pujian oleh banyak pihak . Semangat kerjasama antara anggota Kawalan Kehormatan serta latihan yang jitu daripada para jurulatih telah membuahkan hasil yang menarik sekaligus memberi impak positif mengenai Kor SUKSIS UMP dan PDRM .

Selain itu , beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan Konvokesyen Ke-6. Contohnya, pertunjukan anjing pengesan dadah dimana dipertunjukkan kepada penonton bagaimana anjing tersebut membantu pihak PDRM mengesan dadah serta membantu menangkap penjenayah.
Pertunjukan anjing pengesan oleh PDRM .

Sepanjang minggu Expoconvo dijalankan, Kor SUKSIS turut mengambil bahagian dalam jualan dan akitivi di booth . Pameran mengenai Kor SUKSIS serta perbagai aktiviti dijalankan. Pameran ini juga diadakan bagi menarik minat pelajar tahun pertama UMP untuk menyertai temuduga pemilihan anggota suksis untuk ambilan kedua.


Suasana di booth Kor SUKSIS .



Diharap semangat kerjasama ini dapat diteruskan oleh generasi akan datang . Akhir kata , "KURANGKAN KONTROVERSI , TINGKATKAN PRESTASI " . Majulah Kor SUKSIS untuk UMP .

6 comments:

Peeka Syuhada said...

pasal booth tadep ke ?? muahaha.. :'D

♛ Rose Wolfsbane said...

nk letak jugak eh, okeh, update balik, heheh

are-are said...

good job nadia ;)

♛ Rose Wolfsbane said...

mekaceh araini, tgh blaja tulis secara formal, huhu

Anonymous said...

good job..kalau masukkan lg byk gmbr lg bagus...

♛ Rose Wolfsbane said...

insyaALLAH , tak banyak gambar yg formal , lebih banyak gmbr individu , next tyme kami snap lebih :)