Selaku meneruskan tradisi kawalan kehormatan sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 UMP, Kor SUKSIS sekali lagi diberi tanggungjawab besar untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan kepada K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang pada 1 Oktober 2011 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan UMP.
Anggota Kawalan Kehormatan terdiri daripada 53 anggota Tahap II dan Tahap III termasuk 2 pegawai baris, INSP/KS MUHAMAD SHYAMIR AL AMAR B. MUHAMAD TOBIB dan INSP/KS MUHAMMAD KHIR B. TAJUL ARIFFIN.
Perbarisan menunggu ketibaan K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang . |
Anggota Pasukan Pancaragam PDRM turut memeriahkan Kawalan Kehormatan . |
Kata-kata semangat dari jurulatih IPK Pahang . |
Sewaktu K.D.Y.T.M Tengku Mahkota Pahang memeriksa baris. |
Barisan anggota perbarisan bersama para jurulatih. |
Selain itu , beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan Konvokesyen Ke-6. Contohnya, pertunjukan anjing pengesan dadah dimana dipertunjukkan kepada penonton bagaimana anjing tersebut membantu pihak PDRM mengesan dadah serta membantu menangkap penjenayah.
Pertunjukan anjing pengesan oleh PDRM . |
Sepanjang minggu Expoconvo dijalankan, Kor SUKSIS turut mengambil bahagian dalam jualan dan akitivi di booth . Pameran mengenai Kor SUKSIS serta perbagai aktiviti dijalankan. Pameran ini juga diadakan bagi menarik minat pelajar tahun pertama UMP untuk menyertai temuduga pemilihan anggota suksis untuk ambilan kedua.
Suasana di booth Kor SUKSIS . |
Diharap semangat kerjasama ini dapat diteruskan oleh generasi akan datang . Akhir kata , "KURANGKAN KONTROVERSI , TINGKATKAN PRESTASI " . Majulah Kor SUKSIS untuk UMP .
6 comments:
pasal booth tadep ke ?? muahaha.. :'D
nk letak jugak eh, okeh, update balik, heheh
good job nadia ;)
mekaceh araini, tgh blaja tulis secara formal, huhu
good job..kalau masukkan lg byk gmbr lg bagus...
insyaALLAH , tak banyak gambar yg formal , lebih banyak gmbr individu , next tyme kami snap lebih :)
Post a Comment