Kampus Hijau dan Kempen Hari Sabtu tanpa Beg Plastik

 3 Mac yang lalu merupakan antara hari bersejarah UMP di mana program Kampus Hijau dan Kempen Hari Sabtu tanpa Beg Plastik berjaya dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim , Naib Canselor UMP sendiri. Seramai lebih 1000 pelajar UMP hadir bagi menjayakan bersama program tersebut termasuk keseluruhan tahap Kor SUKSIS, serta badan beruniform yang lain seperti PALAPES UMP dan SISPA UMP. 
Aktiviti dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan acara senamrobik, diikuti berbasikal bersama Naib Canselor UMP, berkayak,melepaskan anak ikan di tasik dan sebagainya. " Program sebegini bertujuan diaadakan bagi menhidupkan suasana persekitaran kampus yang lebih ceria serta mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran. Perasaan sayang kepada kampus bukanlah erti sekadar berkempen tapi memaknakannya dengan memelihara suasana segar di kampus ini." kata Naib Canselor UMP semasa ucapannya sebelum merasmikan program ini.
Tasik yang berdekatan Perpustakaan UMP Pekan


Perpustakaan UMP Pekan

Dewan Aktiviti Pelajar




Tahap 2


Perasmian program


Sebelum pelajar dilepaskan untuk berlari ke tasik UMP

PALAPES UMP





Aktiviti berkayak turut diadakan pada hari tersebut

Bersama jurulatih kami, Encik Ismail


Tahap 1

Tahap 3

Perpustakaan UMP

No comments: