Selamat Hari Polis yang ke-205

Bertemakan "Komuniti sejahtera, komitmen kami", sambutan Hari Polis Ke-205 di peringkat Pahang dengan begitu meriah sekali. Bermula pada awal pagi 25 Mac 2012 , perbarisan Hari plis di sertai anggota polis dari cawangan di Pahang , Kor SUKSIS dan juga ahli kadet polis. 
Selama 205 tahun , melebihi dua abad , anggota polis telah menabur jasa demi menjaga keselamatan rakyat. Kepayahan semasa zaman komunis yang dihadapi anggota Polis ketika itu seharusnya diberi penghargaan tertinggi dan seharusnya dikenang sehingga kini.
Acara dimulakan dengan kawad kehormatan diikuti bacaan ucapan IG Tan Sri ismail Omar oleh CP Dato' Sharifuddin b. Abd Ghani.Dalam konteks teks tersebut, diperkenalkan juga maskot PDRM yang baharu iaitu Harimau Biru .

 MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM :

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.
 (sumber : Facebook PDRM Pahang)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang

No comments: