Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa

Pada 21 March yang lalu, telah diadakan sebuah majlis yang gilang gemilang iaitu Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa yang melibatkan hampir seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia. Majlis ni diadakan di Dewan Agong Tengku Canselor (DATC) , UiTM Shah Alam. UMP juga telah menjadi salah satu IPTA yang menyertai majlis pelancaran tersebut. Antara unit beruniform yang turut sama menyertai majlis ini adalah Kor SUKSIS, PALAPES dan juga SISPA. Majlis yang bermula pada pukul 8 ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sekaligus menyampaikan amanat beliau.

  • Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa.
  • Menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.




















    No comments: