Selamat Hari Polis yang ke-205

Bertemakan "Komuniti sejahtera, komitmen kami", sambutan Hari Polis Ke-205 di peringkat Pahang dengan begitu meriah sekali. Bermula pada awal pagi 25 Mac 2012 , perbarisan Hari plis di sertai anggota polis dari cawangan di Pahang , Kor SUKSIS dan juga ahli kadet polis. 
Selama 205 tahun , melebihi dua abad , anggota polis telah menabur jasa demi menjaga keselamatan rakyat. Kepayahan semasa zaman komunis yang dihadapi anggota Polis ketika itu seharusnya diberi penghargaan tertinggi dan seharusnya dikenang sehingga kini.
Acara dimulakan dengan kawad kehormatan diikuti bacaan ucapan IG Tan Sri ismail Omar oleh CP Dato' Sharifuddin b. Abd Ghani.Dalam konteks teks tersebut, diperkenalkan juga maskot PDRM yang baharu iaitu Harimau Biru .

 MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM :

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.
 (sumber : Facebook PDRM Pahang)
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang

Kampus Hijau dan Kempen Hari Sabtu tanpa Beg Plastik

 3 Mac yang lalu merupakan antara hari bersejarah UMP di mana program Kampus Hijau dan Kempen Hari Sabtu tanpa Beg Plastik berjaya dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim , Naib Canselor UMP sendiri. Seramai lebih 1000 pelajar UMP hadir bagi menjayakan bersama program tersebut termasuk keseluruhan tahap Kor SUKSIS, serta badan beruniform yang lain seperti PALAPES UMP dan SISPA UMP. 
Aktiviti dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan acara senamrobik, diikuti berbasikal bersama Naib Canselor UMP, berkayak,melepaskan anak ikan di tasik dan sebagainya. " Program sebegini bertujuan diaadakan bagi menhidupkan suasana persekitaran kampus yang lebih ceria serta mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran. Perasaan sayang kepada kampus bukanlah erti sekadar berkempen tapi memaknakannya dengan memelihara suasana segar di kampus ini." kata Naib Canselor UMP semasa ucapannya sebelum merasmikan program ini.
Tasik yang berdekatan Perpustakaan UMP Pekan


Perpustakaan UMP Pekan

Dewan Aktiviti Pelajar




Tahap 2


Perasmian program


Sebelum pelajar dilepaskan untuk berlari ke tasik UMP

PALAPES UMP





Aktiviti berkayak turut diadakan pada hari tersebut

Bersama jurulatih kami, Encik Ismail


Tahap 1

Tahap 3

Perpustakaan UMP

Mara Lasak Bekelah

Terletak 50 km dari Kuantan menghala ke Maran, Air Terjun Bekelah merupakan salah satu keindahan alam semulajadi yang seringkali menjadi pilihan Kor SUKSIS UMP untuk menjalani latihan mara lasak . Bermula dari pintu masuk ke Bekelah , anggota Kor SUKSIS bergerak berkumpulan sepanjang 5 km hingga tiba ke dataran untuk berkumpul . Dari situ , perjalanan diteruskan lagi menyusuri jalan kecil sehinggalah kami tiba ke kawasan air terjun yang indah .
perjalanan yang ber-tar

salah satu pemandangan yang menarik

melalui jalan denai

anggota Kor SUKSIS Tahap 2

Tiba akhirnya ke destinasi yang dituju


Anggota Kor SUKSIS Tahap 3









Perjalanan pulang pada waktu tengahari .


Latihan Menembak 2012

Bertempat di Lapang Sasar Kem Galing, pasukan Kor SUKSIS sekali lagi menjalani latihan menembak melibatkan anggota Kor SUKSIS Tahap 2 dan 3. Latihan ini juga turut dihadiri SUPT/KS Hj Mustafa B. Ibrahim, ASP/KS Mohd Nazri b Samsudin dan Pengarah Pusat Kokurikulum. Bagi Tahap 3 , mereka berpeluang menjalani latihan menembak M-16 dan Revolver .38 manakala bagi Tahap 2 pula menjalani latihan menembak M-16.

sementara menunggu latihan tamat .


Bergambar bersama SUPT/KS Hj Mustafa B. Ibrahim, ASP/KS Mohd Nazri b Samsudin  dan  Insp. KS Muhamad Shyamir al-Amar  


Peluru Revolver .38


























Tahap 3 wanita


candid !













menembak menggunakan M-16 pula dalam jarak 100 meter .












Bersama Tuan Ismail






jurulatih kami :)