Intrasuksis, Annual Ganeral Meeting & Majlis Makan Beradab (2015)

Pada 23 Mei yang lalu, bersamaan hari Sabtu telah diadakan aktiviti tahunan yang wajib bagi Kor Suksis UMP. Antara aktiviti yang dijalankan ialah intrasuksis, "Annual Ganeral Meeting", dan majlis makan malam beradab. Aktiviti intrasuksis dimulakan dengan senamrobik diikuti  sukaneka, bola beracun, futsal dan bola jaring. 

"Sports will never fade in Suksis!"






Pada sesi tengahari telah diadakan "Annual Ganeral Meeting" untuk memilih tampuk pimpinan yang baharu bagi sesi 2015/2016. SM Hasrim telah memberi taklimat ringkas dalam majlis ini diikuti Sjn. Rahim. Aktiviti pembuangan undi berjalan dengan lancar dan disediakan sedikit jamuan ringan sebelum kesemua anggota bersurai.







Setelah selesai Intrasuksis dan"AGM" kini akhirnya tiba majlis kemuncak iaitu majlis makan malam beradab. Majlis pada malam itu dihadiri oleh VIP iaitu Puan Rabiatul Aisha, Tuan Samad, Puan Khasma, Puan Nurul Anieda, Puan Faridah serta jurulatih kor suksis UMP. Semasa sesi pendaftaran, setiap peserta mendapat pertukaran hadiah. Majlis makan malam tersebut didahului dengan ucapan daripada Puan Rabiatul Aisha dan pengarah program. Acara kemuncak iaitu perasmian serta gimik telah disempurnakan oleh Puan Rabiatul Aisha oleh pihak yang mengendalikan majlis tersebut. Seterusnya semua hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Pada malam tersebut diumumkan majlis tertinggi dan exco bagi sesi 2015/2016. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian Joget Pahang, karaoke dan "prom queen & king" .
































T A M A T

No comments: