Perkemahan di Hutan Lipur Jerangkang.

Pada 10 hingga 12 April yang lalu, satu aktiviti perkemahan telah diadakan di Hutan Lipur Jerangkang. Hutan Lipur Jerangkang terletak di daerah Kuantan, Pahang. Antara kemudahan yang terdapat di hutan lipur ini adalah tapak perkhemahan, denai hutan, pondok rehat dan tandas. Perjalanan ke tapak perkemahan adalah dengan menaiki trak polis dan kenderaaan lasak 4 by 4 yang mengambil masa selama 15 minit. Sejurus sampai di tapak perkemahan,kesemua peserta memasang kemah masing-masing dan pembahagian kumpulan dijalankan.Peserta yang menyertai perkemahan ini terdiri daripada Tahap 2 dan Tahap 3 serta beberapa orang orang jurulatih. Antara aktiviti menarik yang dijalankan pada hari kejadian ialah aktiviti "hiking", "survival", teknik membaca kompas dan sebagainya. Antara makan yang disediakan ialah beras, makanan bertin serta milo dan teh. Pada hari terakhir, kesemua peserta pulang ke R&R Gambang secara maralasak. 



















No comments: