Majlis Pelancaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Kesedaran Jenayah PDRM Pahang

Bagi mewujudkan kesedaran terhadap jenayah siber yang kian memuncak kini , pihak PDRM Pahang dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal , Celcom telah menganjurkan kempen Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Kesedaran Jenayah PDRM Pahang bertempat di Melor Concourse , Berjaya Mega Mall , Kuantan Pahang pada 21 Disember 2011 .

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Polis Pahang , YDH DCP Dato's Sharifuddin bin Ab. Ghani berlansung dengan meriah dan ringkas . Dengan kerjasama ini , pihak syarikat Celcom akan menghantar SMS kepada para pengguna mengenai kesedaran terhadap jenayah siber seperti tipuan belian dari laman web , tipuan dengan penyamaran dan sebagainya . Terdapat lima jenis SMS yang akan dihantar iaitu , amaran tentang penyamaran yang meminta pemindahan wang bank dan sebagainya , amaran tentang jualan objek seperti batu ajaib , jangan mudah mempercayai rakan siber , amaran tentang sebarang penawaran loteri dan sebagainya dan amaran tentang larangan memberi no akaun bank anda .

Ketua Polis Pahang juga menyampaikan harapan beliau agar usaha murni ini akan dilaksanakan bukan sahaja oleh Celcom , tetapi juga syarikat-syarikat komunikasi terkemuka yang lain .

No comments: