Seminar Penerapan Kemahiran Insaniah untuk Badan-badan Beruniform

Bertujuan untuk menambahbaikkan subjek badan beruniform berkredit serta keupayaan staf dan jurulatih yang menguruskan kursus yang ditawarkan, pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjemput anggota SUKSIS dan PALAPES Universiti Malaysia Pahang pada 26 November 2011 untuk menjayakan "Seminar Penerapan Kemahiran Insaniah untuk Badan-badan Beruniform."

Seminar yang berlangsung selama sehari bermula pada 8 pagi itu disertai oleh anggota SUKSIS tahap 2 dan 3 bertempat di Auditorium Utama, Kompleks Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Terdapat 3 forum sepanjang seminar diadakan. Forum pertama bertajuk "Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Badan Beruniform-Ekspektasi daripada KPT, ATM, dan PDRM". Tajuk yang hangat ini dibincangkan oleh ahli panel Puan Wan Nadiah Wan Daud dari IIUM, DSP Hamzah Hashim dari PDRM, dan Mejar Wan Madzlan bin Wan Abdullah dari ATM.

Forum kedua pula disambung pada petangnya bertajuk "Pembentukan Sahsiah Pelajar Melalui Penerapan Nilai-Nilai Ketenteraan/Kepolisan Melalui Pengalaman ALUMNI Badan Beruniform". Ahli panel pada sesi tersebut ialah Lt. Kol Hamiruddin Hashim dari Rejimen 515, Kapt. Shafarif Ghani dari Kem Terendak, cik Nur Syahirah Shuhaimi dari IIUM NIlai dan Left, Wan Rizaila Wan Mohd Sofi dari IIUM.

Manakala forum ketiga dan yang terakhir diadakan sejurus selepas berakhir forum kedua bertajuk "Isu Dan Cabaran Dalam Penambahbaikkan Modul Badan Beruniform di IPTA Malaysia". Ahli panel pada sesi ini ialah Dato' Lt. Kol. Prof. Madya Mohamad Nasir Saludin dari UPNM, Dr. Ahmad Khuzairy Abd Rahman dari IIUM dan Supt. Rosli bin Hasan dari IPD Gombak. 

Ternyata, pembangunan akademik tidak akan bermakna jika pembangunan lahiriah seseorang itu terbantut. Pembangunan lahiriah atau lebih dikenali sebagai soft skill bukan sahaja penting untuk menentukan siapa kita semasa bekerja kelak, ia juga dapat membantu seseorang itu dalam kemahiran berkomunikasi. Nilai lahiriah yang baik sangat penting untuk menjaga hubungan sesama manusia bagi membentuk suasana harmoni ketika bekerja. 

Disamping dapat menambah ilmu pengetahuan, seminar ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara anggota SUKSIS UMP dan ahli uniform dari UIAM ibarat kata orang, jauh berjalan luas pandangan. 

Diharapkan, aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi, mungkin kali ini bertempat ni Universiti Malaysia Pahang pula , InsyaALLAH.



Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Mejar Wan Madzlan ketika buah fikiran yang mencuit hati kami

Ucapan perasmian oleh Y. Bhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin

DSP Hamzah Hashim dari PDRM

Puan Wan Nadiah Wan Daud

Forum kedua.

No comments: