Sukan Intrasuksis 2011

Sukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan, bahkan juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kumpulan , jadi di kesempatan ini , Sukan Intrasuksis 2011 telah diadakan sebagai program penutup untuk semester kali ini . Aktiviti yang dijalankan bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang ini dimeriahkan oleh ahli peserta setiap tahap . Biarpun hujan turun mencurah ke bumi UMP tanpa henti , semangat kental ahli Kor SUKSIS nampaknya tidak akan sekali-kali luntur.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Bola Jaring, dan Futsal. seramai hampir 160 ahli Kor SUKSIS dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu , Marin , UTK (Unit Tindakan Khas) , Narkotik , SB (Special Branch), dan Trafik . Pertandingan berbentuk liga ini dijalankan dengan penuh bersemangat dan penuh semangat kesukanan dan berkumpulan. Acara keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan Trafik diikuti dengan Marin dan SB. 
Banner program kali ini

hujan dan lantai licin bukan penghalang

ahli kumpulan Narkotik wanita

para junior berbaju merah

bakat terpendam

bola jaring

saat menjaringkan gol


selepas perlawanan




bola tampar pada waktu petangnya
Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini , ukhuwah antara ahli Kor SUKSIS akan lebih rapat . Kami para senior juga berharap junior akan tetap meneruskan aktiviti sebegini apabila kami sudah ditauliahkan nanti .
InsyaALLAH :)

Majlis Pelancaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Kesedaran Jenayah PDRM Pahang

Bagi mewujudkan kesedaran terhadap jenayah siber yang kian memuncak kini , pihak PDRM Pahang dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkenal , Celcom telah menganjurkan kempen Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Kesedaran Jenayah PDRM Pahang bertempat di Melor Concourse , Berjaya Mega Mall , Kuantan Pahang pada 21 Disember 2011 .

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Polis Pahang , YDH DCP Dato's Sharifuddin bin Ab. Ghani berlansung dengan meriah dan ringkas . Dengan kerjasama ini , pihak syarikat Celcom akan menghantar SMS kepada para pengguna mengenai kesedaran terhadap jenayah siber seperti tipuan belian dari laman web , tipuan dengan penyamaran dan sebagainya . Terdapat lima jenis SMS yang akan dihantar iaitu , amaran tentang penyamaran yang meminta pemindahan wang bank dan sebagainya , amaran tentang jualan objek seperti batu ajaib , jangan mudah mempercayai rakan siber , amaran tentang sebarang penawaran loteri dan sebagainya dan amaran tentang larangan memberi no akaun bank anda .

video
Ketua Polis Pahang juga menyampaikan harapan beliau agar usaha murni ini akan dilaksanakan bukan sahaja oleh Celcom , tetapi juga syarikat-syarikat komunikasi terkemuka yang lain .

Seminar Penerapan Kemahiran Insaniah untuk Badan-badan Beruniform

Bertujuan untuk menambahbaikkan subjek badan beruniform berkredit serta keupayaan staf dan jurulatih yang menguruskan kursus yang ditawarkan, pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjemput anggota SUKSIS dan PALAPES Universiti Malaysia Pahang pada 26 November 2011 untuk menjayakan "Seminar Penerapan Kemahiran Insaniah untuk Badan-badan Beruniform."

Seminar yang berlangsung selama sehari bermula pada 8 pagi itu disertai oleh anggota SUKSIS tahap 2 dan 3 bertempat di Auditorium Utama, Kompleks Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Terdapat 3 forum sepanjang seminar diadakan. Forum pertama bertajuk "Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Badan Beruniform-Ekspektasi daripada KPT, ATM, dan PDRM". Tajuk yang hangat ini dibincangkan oleh ahli panel Puan Wan Nadiah Wan Daud dari IIUM, DSP Hamzah Hashim dari PDRM, dan Mejar Wan Madzlan bin Wan Abdullah dari ATM.

Forum kedua pula disambung pada petangnya bertajuk "Pembentukan Sahsiah Pelajar Melalui Penerapan Nilai-Nilai Ketenteraan/Kepolisan Melalui Pengalaman ALUMNI Badan Beruniform". Ahli panel pada sesi tersebut ialah Lt. Kol Hamiruddin Hashim dari Rejimen 515, Kapt. Shafarif Ghani dari Kem Terendak, cik Nur Syahirah Shuhaimi dari IIUM NIlai dan Left, Wan Rizaila Wan Mohd Sofi dari IIUM.

Manakala forum ketiga dan yang terakhir diadakan sejurus selepas berakhir forum kedua bertajuk "Isu Dan Cabaran Dalam Penambahbaikkan Modul Badan Beruniform di IPTA Malaysia". Ahli panel pada sesi ini ialah Dato' Lt. Kol. Prof. Madya Mohamad Nasir Saludin dari UPNM, Dr. Ahmad Khuzairy Abd Rahman dari IIUM dan Supt. Rosli bin Hasan dari IPD Gombak. 

Ternyata, pembangunan akademik tidak akan bermakna jika pembangunan lahiriah seseorang itu terbantut. Pembangunan lahiriah atau lebih dikenali sebagai soft skill bukan sahaja penting untuk menentukan siapa kita semasa bekerja kelak, ia juga dapat membantu seseorang itu dalam kemahiran berkomunikasi. Nilai lahiriah yang baik sangat penting untuk menjaga hubungan sesama manusia bagi membentuk suasana harmoni ketika bekerja. 

Disamping dapat menambah ilmu pengetahuan, seminar ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara anggota SUKSIS UMP dan ahli uniform dari UIAM ibarat kata orang, jauh berjalan luas pandangan. 

Diharapkan, aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi, mungkin kali ini bertempat ni Universiti Malaysia Pahang pula , InsyaALLAH.



Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Mejar Wan Madzlan ketika buah fikiran yang mencuit hati kami

Ucapan perasmian oleh Y. Bhg. Jen. Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin

DSP Hamzah Hashim dari PDRM

Puan Wan Nadiah Wan Daud

Forum kedua.