Latihan Menembak bersama PDRM





14 September, Kuantan - Program latihan menembak berkonsepkan pertandingan anjuran Pusat Kokurikulum dan Kor SUKSIS Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama PDRM telah diadakan di Lapang sasar Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Galing.

Acara yang dipertandingkan ialah tembak individu, berpasukan dan tembak jatuh piring. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim dan persefahaman antara para pegawai kedua- dua pihak disamping meningkatkan kemahiran dan memberi peluang kepada pegawai UMP merasai pengalaman menembak.

Turut serta, Dato' Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, para pegawai kanan polis, Prof. Dato' Dr. Rosli Mohd Yunus, Prof Dr. Yuserrie Zainudin, Tuan Sanudin Md Isa, Ajutan PGA Briged Tenggara dan para pegawai UMP.



















No comments: