Pentauliahan Kor Suksis Batch 2010-2013 di UIA Gombak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam1 Malaysia. Lumrah sebagai anggota beruniform, setelah berpenat lelah selama 3 tahun berturut-turut, kini tibalah masanya majlis pentauliahan. Latihan bermula dua minggu awal dari tarikh Majlis Pentauliahan pada 3 September 2013, iaitu bermula pada 21 Ogos 2013 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Sepanjang latihan, pelbagai pengalaman yang dialami disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara universiti. 

Anggota pasukan wanita UMP berada di dalam detachment kedua manakala anggota pasukan lelaki UMP berada di dalam detachment ketiga. Alhamdullillah, sepanjang latihan, kami dapat mengeratkan silaturrahim bukan sahaja sesama anggota, tetapi juga sesama antara universiti. Dan alhamdulillah juga, sepanjang latihan, anggota Kor Suksis UMP dapat melakukan aktiviti dengan sempurna.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Pelatih Keseluruhan Terbaik, iaitu Insp SP Abdul Hakem, manakala Pelatih Latihan Luar Terbaik iaitu Insp SP Siti Norfadhilah dan Pelatih Akademik Terbaik iaitu Insp SP Sh. Syazwani.

Di sini, saya mewakili rakan seperjuangan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jurulatih yang tidak ubah seperti ayah kandung kami di universiti. Jasa kalian mengajar kami supaya menjadi insan berguna tidak mungkin dapat kami balas, hanya doa mampu kami titipkan untuk kalian.

Semoga ukhuwah yang terbina tidak akan terputus ibarat air sungai yang akan terus mengalir. InshaAllah.

Para pelatih wanita di hadapan padang kawad.

Pelatih Luar Terbaik bersama aboh kami, Encik Ismail.

Semasa waktu rehat melepaskan lelah berkawad.


Semoga ukhuwah kekal terbina, InshaAllah


Pada hari jamuan hari raya bersama DS  Najib, PM Malaysia

Bertemakan merah hitam



Anggota lelaki Kor Suksis UMP
Semasa


Semasa di dalam dewan CAC, UIA



Sesi mengurut di waktu rehat.









Bersama jurulatih dari UKM




Penyampaian sijil oleh Ketua Polis Negara




Kenangan yang terbina akam sentiasa tersemat di sanubari setiap anggota. 

No comments: