Perbarisan Majlis Penutupan Hari Kokurikulum | 15 September 2012


Tarikh : 15 September 2013
Masa : 9.00 am
Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan UMP
___________________________________________________________________


Sempena dengan penutupan hari Kokurikulum Universiti Malaysia Pahang pada 15 September yang lalu. Seramai 48 anggota yang terdiri dari tahap dua dan tiga menyertai perbarisan penutupan tersebut. 

Majlis perbarisan tersebut juga turut disertai oleh badan beruniform yang lain selaku detachment untuk majlis tersebut. Antaranya ialah Pelapes Udara, Kor Sispa, dan Pelapes Laut.

Pelapes Udara

Kor Sispa

Pelapes Laut

Majlis bermula dengan pergerakan masuk detachment Pelapes Laut, diikuti dengan Kor Sispa dan Tentera Udara. Kemudian di ikuti juga dengan perbarisan masuk pasukan Kor Suksis.







Perbarisan tersebut  diteruskan dengan lapor baris oleh inspector KS Abdul Hakem Bin Abdul Hamed kepada komandan Kor Suksis ACP/KS Prof Dr. Yuserrie Zainuddin selaku VIP pada hari tersebut. Kemudian nyanyian Lagu Negaraku serta Lagu Maju Gemilang berkumandang di ruang legar berhadapan Kompleks Sukan UMP tersebut.




Sejurus, tamat nyanyian lagu Maju Gemilang, Insp KS Abdul Hakem Bin Abdul Hamed melapor diri untuk memohon izin melakukan tugas lain. Para VIP kemudiannya bergerak ke dalam Kompleks Sukan UMP untuk majlis Penutupan Hari Kokurikulum.



No comments: