Latihan Luar dan Kursus Pertolongan Cemas Siri 1/2009

Artikel dari: CREATE bil. 2 April-Jun 2009
Oleh: MOHD FERDAUS B. MUSA




Skuad 1 dan Skuad 2 Kor Sukarelawan Siswa/Siswi Polis (SUKSIS) Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 5 mei 2009 telah menjalani Latihan Luar Siri 1/2009 di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Segamat Johor.




Latihan ini dibuat serentak dengan Kursus Asas Latihan Pertolongan Cemas bagi Skuad 1 dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahan, Asisten Komisioner Junaidi Mashud. Kursus yang dijalankan ini juga mendapat kerjasama daripada Hospital Daerah Segamat.

CPR Team, Hospital Daerah Segamat turut menyampaikan teori asas dan amali pertolongan cemas kepada anggota Kor SUKSIS. Di sesi akhir latihan, CPR Team telah mengadakan ujian bertulis dan amali kepada peserta kursus bagi menilai tahap kompetensi yang disasarkan iaitu sekurang-kurangnya 80% markah.




Peserta yang kompeten telah dianugerahi Sijil Kompetensi dan terlatih sebagai pengendali pertolongan cemas serta berupaya membantu memberi bantuan pertolongan cemas pada bila-bila masa. Manakala di akhir program, anggota Kor SUKSIS telah melakukan demonstrasi berbentuk lakonan beberapa kejadian yang memerlukan pertolongan cemas kepada seluruh tetamu. Demonstrasi tersebut telah mendapat pujian daripada ACP Junaidi dan Pengarah hospital Segamat.

Mereka menyifatkan anggota Kor SUKSIS UMP sebagai kreatif dan pantas mempelajari sesuatu kemahiran dengan baik. Turut hadir Pegawai Turus Jabatan Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, Superintenden Mohamad Laham, Ketua Polis Daerah Segamat dan Pengarah Hospital Daerah Segamat.

2 comments:

cadebumbleboo said...

cb letak pic zumi yg lips to lips ngn patung tu..huahahah!!!!

Si Sejuk said...

admin tak de page tu.. cad boleh je upload. Aku dah buat semua author sbgai admin.