Program Bakti Siswa Kg. Keledek 2009

Pada 23 Disember 2009, Kor SUKSIS UMP telah terlibat untuk menjayakan Bakti Siswa KPT 2009. Kampung Keledek dan RPT Sungai Ular telah dipilih sebagai kampung angkat UMP. Kami bertolak seawal 8 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 4 jam.

Kehadiran kami disambut dengan meriah oleh penduduk kampung. Pada malam pertama, mereka secara rahsianya bergotong-royong memasak di surau untuk meraikan kami. Selepas solat Isya' berjemaah, kami bersama-sama menjamu selera.

Pada hari kedua, Karnival Kg. Keledek dilaksanakan. Pelbagai pertandingan dan aktiviti yang kami anjurkan. Sebagai contoh program derma darah, saringan kesihatan, pertandingan futsal, bola jaring, gubahan tuala dan membuat kerabu. Penduduk kampung memberi kerjasama dan telah menyumbangkan sekolah untuk kami laksanakan karnival ini. Agensi-agensi kerajaan seperti PDRM dan Bomba juga datang bagi memeriahkan suasana.


Senamrobik pada pagi karnival.


Mendengar penerangan dari pihak Bomba.


Selesai pertandingan bola jaring.


Walaupun letih, tapi semua terhibur dan gembira kerana semuanya berjalan lancar. Pada hari ketiga, kami mengadakan aktivti kemasyarakatan seperti gotong-royong mengemaskan masjid dan memasak. Pada sebelah malam pula, kami anjurkan satu kenduri sebagai tanda penghargaan kami kepada penduduk kampung. Seekor lembu ditumbangkan. Makanan popular Pahang, ikan patin masak tempoyak juga turut disajikan pada malam itu.

Ramai penduduk kampung turun membantu kami memasak. Yang palin penting adalah kami dapat belajar beberapa perkara dari aktiviti ini. Keakraban antara pelatih sendiri semakin erat.







Penduduk kampung yang turut memabantu.


Program derma darah.


Pada sebelah petang, kami turut menganjurkan pertandingan memancing. Ramai penduduk kampung yang datang menyertai pertandingan ini. Hadiah berupa wang tunai dan hamper kepada pemenang. Pertandingan pancing ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pancing moden dan tradisional. Kategori pancing tradisional adalah joran yang diperbuat daripada buluh.


Peserta pertandingan memancing.


Pemenang menerima hadiah.


Penduduk kampung menyediakan jamuan kecil.


Pada hari terakhir, kami telah bersama-sama mengadakan lawatan ke ladang nenas. Banyak maklumat dan penerangan yang diberikan oleh pegawai disitu. Nenas-nenas ini bukan sahaja dijual malah dijadikan kajian untuk membuat jus dan sebagainya. Pelatih tidak terlepas peluang membeli nenas untuk dihadiahkan kepada ibu bapa angkat mereka.


Timbalan Komandan, Tuan Haji Mustapha dan jurulatih.


Pelatih dan keluarga angkat.


Mendengar taklimat dari pegawai.


Memilih nenas untuk dibawa pulang.



4 comments:

cadebumbleboo said...

awat gmbq aku xdak weii!! =p

Si Sejuk said...

hahahaha.. Nak letak semua penuh blog la wei.. xpe2. next entry..

RiNie_chiRpy said...

gambar rini ad..suke2..
hahahaa~~

Zeenathul Azreen said...

Salam. Sy, Zeenathul Azreen , pelajar UIA. Dan sy plan nak buat program Baktisiswa. Tempat yg saudara cerita dlm blog ni agak menarik. Jadi, blh saya dapatkan contact no sesiapa yg blh sy hubungi untuk bertanya mengenai program ni dan tempat ni khasnya? Terima kasih ya.